Rasuah dalam pentadbiran tanah: Penyelesaian menurut Islam

Noraida, Harun and Jady@Zaidi, Hassim (2017) Rasuah dalam pentadbiran tanah: Penyelesaian menurut Islam. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 1 (15). pp. 40-54. ISSN 2289 6325

[img] Text
FH02-FUHA-18-12297.pdf
Restricted to Registered users only

Download (257kB)

Abstract

Rasuah dalam sektor awam dan swasta telah menjadi satu masalah utama bagi kerajaan. Rasuah merupakan gejala serius yang sering menjadi topik perbincangan sejak akhir-akhir ini terutamanya dalam media massa. Di samping itu juga, pelbagai kesan negatif yang akan timbul akibat daripada masalah rasuah ini. Objektif utama penulisan ini dibuat adalah untuk melihat gejala rasuah yang berlaku dalam pentadbiran tanah. Justeru itu, trend jenayah rasuah dalam pentadbiran tanah yang semakin meningkat amatlah membimbangkan kerana ia boleh menggugat kepercayaan orang ramai terhadap institusi pejabat tanah. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti punca masalah rasuah, beberapa cadangan penambahbaikan dan jalan penyelesaian bagi mengekang jenayah ini dari terus berlaku. Perbincangan ini turut mengupas Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM 2009) adakah mampu memberi penyelesaian kepada permasalahan jenayah ini. Kajian kepustakaan dan kaedah analisis kandungan digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa punca masalah rasuah yang telah dikenal pasti berlaku dalam pentadbiran tanah dan ASPRM 2009 turut dilihat masih longgar dalam usaha untuk mengekang masalah rasuah ini. Penulisan ini akan mengutarakan beberapa cadangan penambahbaikan menurut perspektif Islam dalam menjamin kepentingan dan hak-hak semua pihak yang terlibat.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: rasuah, pentadbiran tanah, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, cadangan dan penyelesaian menurut undang-undang Islam.
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Divisions: Faculty of Law & International Relations
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 17 Feb 2022 08:07
Last Modified: 17 Feb 2022 08:07
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5565

Actions (login required)

View Item View Item