Konsep penggunaan berhierarki berteraskan Islam (PBBI): Panduan muslim dalam kegawatan ekonomi

Basri, Abd. Ghani and Ahmad Azrin, Adnan (2017) Konsep penggunaan berhierarki berteraskan Islam (PBBI): Panduan muslim dalam kegawatan ekonomi. e-Academia Journal, 6 (2). pp. 293-307. ISSN 2289-6589

[img] Text
FH02-FESP-18-12193.pdf
Restricted to Registered users only

Download (770kB)

Abstract

Aspek penggunaan menjadi semakin penting berikutan ketidakmampuan pendekatan semasa menangani pelbagai fenomena sosioekonomi misalnya kemiskinan, pembaziran, kebuluran, kemuflisan, pengangguran dan sebagainya. Tidak dinafikan bahawa pendekatan semasa, sama ada dalam bentuk konsep, prinsip, teori atau model telah begitu banyak berperanan sebagai alat analisis untuk memahami disiplin penggunaan dari sudut teori dan praktis. Pendekatan semasa yang bertunjangkan tasawwur dan epistemologi Barat ini bagaimanapun tidak sesuai diaplikasi ke atas budaya masyarakat Timur khususnya masyarakat Islam kerana perbezaan latar belakang kepercayaan, budaya dan persekitaran. Realiti ini menunjukkan betapa pentingnya ditonjolkan pendekatan yang bermula dengan premis Islam. Walau bagaimanapun pendekatan sedia ada yang ideal menurut Islam amat kecil bilangannya berbanding pendekatan konvensional. Ia menjustifikasikan keperluan membina pendekatan ini yang lahir dari asas tasawwur, epistemologi dan ontologi Islam. Justeru, artikel ini bertujuan untuk mencapai tiga objektif. Pertama, mengenal pasti teori, model dan pendekatan gelagat pengguna khususnya penggunaan berhierarki. Kedua, menganalisis ketepatan teori, model atau pendekatan gelagat pengguna khususnya penggunaan berhierarki menurut tasawwur, epistemologi dan ontologi Islam. Ketiga, membina model konsep penggunaan berhierarki berteraskan Islam (PBBI) sebagai panduan untuk menyelesaikan masalah kegawatan ekonomi.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Penggunaan, Penggunaan Berhierarki, Gelagat Pengguna, Kegawatan Ekonomi, Pakar
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: Faculty of Business and Management
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 17 Feb 2022 07:36
Last Modified: 17 Feb 2022 07:36
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5559

Actions (login required)

View Item View Item