Integrity according to Islamic perspective: Analysis of integrity level among teachers of Islamic education

Halimatus Saadiah, Mat Saad and Zainudin, Awang (2017) Integrity according to Islamic perspective: Analysis of integrity level among teachers of Islamic education. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE), 3 (8). pp. 20-26. ISSN 24621714

[img] Text
FH02-FESP-17-11977.pdf
Restricted to Registered users only

Download (458kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap integriti Guru Pendidikan Islam (GPI) di sekolah rendah seluruh negeri Sabah berdasarkan tiga dimensi yang dikenalpasti sebagai tonggak utama integriti GPI. Sampel kajian terdiri daripada 390 orang guru daripada 24 buah Pejabat Pendidikan Daerah. Kebolehpercayaan instrumen ini terbukti dengan pekali Alpha Cronbach adalah tinggi (a=.93). Sementara dengan mengambil kira 0.50 sebagai nilai pemuatan (loading’s factor) yang dipertimbang sebagai bermakna secara potensi, keputusan menunjukkan 48 item mencapai kriteria faktor pemuatan melebihi 0.50. Analisis faktor yang dibuat secara umumnya juga mempunyai faktor tunggal. Oleh itu, instrumen nilai integriti bersifat unidimensional yang menunjukkan item-item mengukur gagasan yang sama iaitu gagasan nilai integriti. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya, majoriti GPI mempunyai tahap integriti tinggi iaitu seramai 213 orang (55.3.9%). Manakala sebahagian lagi iaitu sebanyak 166 orang (43.1%) mempunyai tahap integriti yang sangat tinggi sementara hanya 6 orang responden (1.6%) mempunyai integriti pada tahap sederhana. Didahului dengan dimensi bersih (min= 4.32) diikuti dengan dimensi bijaksana (min=4.12) dan dimensi amanah (min=4.09) yang mendapat skor paling sedikit. Implikasi dan beberapa cadangan penambahbaikan terhadap integriti GPI untuk kajian tindakan lanjutan turut dikemukakan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Integriti, Guru Pendidikan Islam (GPI), dimensi bersih, bijaksana dan amanah.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Divisions: Faculty of Business and Management
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 17 Feb 2022 06:19
Last Modified: 17 Feb 2022 06:19
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5546

Actions (login required)

View Item View Item