Akila, Mamat (2016) Konsep Berpegang Kepada Al-Quran dan Al-Sunnah Menurut Manhaj Ahli Hadis. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 12 (1). pp. 57-65. ISSN 2289-6325
![]() |
Text
FH02-FKI-16-05493.pdf Restricted to Registered users only Download (432kB) |
Abstract
Al-Quran dan al-Sunnah adalah dua sumber utama pegangan kaum muslimin. Kedua-dua sumber tersebut menjelaskan tentang aspek akidah dan syariah yang perlu dihayati. Permasalahan kini, walaupun semua kaum muslimin mendakwa al-Quran dan al-Sunnah adalah sebagai panduan hidup, namun masyarakat Islam masih terus bercakaran dan bermusuhan sesama sendiri serta wujud pegangan akidah dan syariah yang begitu ketara perbezaannya. Persoalan yang timbul di sini, apakah cara pegangan yang benar dan betul terhadap al-Quran dan al-Sunnah ini? Artikel ini membincangkan konsep berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah menurut manhaj Ahli Hadis, iaitu golongan yang benar-benar berautoriti dan memahami al-Quran dan al-Sunnah. Bagi mendapatkan maklumat secara terperinci, metode analisis dokumen digunakan. Hasil kajian mendapati Ahli Hadis mempunyai metode memahami al-Quran dan al-Sunnah yang sangat jelas. Kajian ini juga menemui tiga prinsip utama yang terkandung dalam konsep berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah, iaitu al-Quran dan al-Sunnah bersifat Jawami’ al-Kalim, al-Quran dan al-Sunnah bersifat tetap lagi sempurna dan yang terakhir ialah al-Quran dan al-Sunnah menghasilkan ilmu dan amalan.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Al-Quran, Al-Sunnah, Manhaj, Ahli Hadis |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education |
Divisions: | Faculty of Islamic Contemporary Studies |
Depositing User: | Rafidah M.Saaid |
Date Deposited: | 16 Feb 2022 07:27 |
Last Modified: | 16 Feb 2022 07:27 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5506 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |