Pola perubahan sosiobudaya dan mobiliti sosial dalam kalangan komuniti muara di Pantai Timur

Nor Hayati, Sa’at and Ibrahim, Mamat and Wan Mohd Zaifurin, Wan Nawang (2017) Pola perubahan sosiobudaya dan mobiliti sosial dalam kalangan komuniti muara di Pantai Timur. Akademika, 87 (3). pp. 165-178. ISSN 01265008

[img] Text
FH02-IDAMAN-17-11612.pdf
Restricted to Registered users only

Download (322kB)

Abstract

Persoalan perubahan sosiobudaya dan mobiliti sosial komuniti muara adalah satu persoalan penting dalam keseluruhan kajian mengenai perubahan sosial. Dalam dua dekad lebih ini, proses modenisasi berkembang pesat dan memberi kesan mendalam ke atas komuniti ini. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji isu berkaitan perubahan sosiobudaya dan mobiliti sosial komuniti muara di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Kaedah tinjauan ke atas 596 orang responden, temu bual dan pemerhatian telah dijalankan keatas 6 buah perkampungan nelayan di muara sungai yang terletak di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Dapatan kajian menunjukkan aspek sosiobudaya melalui aktiviti kejiranan dalam komuniti muara masih kuat dan menjadi amalan tradisi. Mobiliti sosial melalui jenis pekerjaan juga telah berubah, iaitu pekerjaan sebagai nelayan untuk sumber pendapatan ekonomi utama telah beransur-ansur kurang menarik minat generasi muda. Kebanyakan generasi muda lebih berminat bekerja di darat berbanding menjadikan lautan sebagai sumber rezeki. Keadaan komuniti semakin terbuka memungkinkan berlakunya mobiliti sosial dalam kalangan generasi muda. Transformasi komuniti muara berdasarkan kepada aspek pendidikan dialami oleh empat generasi dikaji sama ada generasi datuk, bapa, responden dan anak. Bermula pada zaman sebelum merdeka, pasca merdeka dan menjelang abad ke-21 ‘tangga’ mobiliti berdasarkan tahap pendidikan semakin diakui kepentingannya oleh komuniti muara sebagai syarat utama untuk mengecapi kehidupan yang lebih baik.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Perubahan sosiobudaya; mobiliti sosial; perubahan sosial; komuniti muara; komuniti nelayan
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
Q Science > QC Physics
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 15 Feb 2022 07:19
Last Modified: 15 Feb 2022 07:19
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5463

Actions (login required)

View Item View Item