Pembangunan indeks pematuhan akidah islam: Integrasi Projek Genom Melayu dengan akidah islam

Norazmi, Anas and Engku Ahmad Zaki, Engku Alwi and Zuriani, Yaacob and Wan Rohani, Wan Taib and Mohd. Hudzari, Haji Razali (2017) Pembangunan indeks pematuhan akidah islam: Integrasi Projek Genom Melayu dengan akidah islam. Journal of Humanities, Language, Culture and Business, 1 (4). pp. 94-103. ISSN 01268147

[img] Text
FH02-FKI-17-11607.pdf
Restricted to Registered users only

Download (541kB)

Abstract

Projek Genom Melayu (PGM) merupakan kajian-kajian berkaitan keseluruhan jujukan DNA bangsa Melayu dalam nukleus sel manusia yang mengandungi 23 pasang kromosom melibatkan proses pemindahan sel, pemutasian, penjujukan dan pemetaan serta berfungsi sebagai tanda pengenalan (blueprint) bangsa Melayu itu sendiri, manakala akidah Islam pula menfokuskan isu-isu akidah yang wujud dan timbul dari kajian-kajian PGM dan Projek Genom Manusia (HGP). Penulisan kertas kerja ini bertujuan untuk menghuraikan implikasi dan cadangan dasar pengintegrasian PGM dengan akidah Islam seterusnya cadangan pembangunan Indeks Pematuhan Akidah Islam (IPAI) sebagai tapisan kedua kajian-kajian saintifik moden. Secara umumnya, kajian ini telah berjaya mendedahkan kepentingan PGM terhadap masyarakat umum, diikuti menghubungkaitkan PGM dengan akidah Islam seterusnya mengenalpasti keperluan pembangunan IPAI terhadap PGM. Akhirnya, ianya dilihat selari dengan polisi utama kerajaan Malaysia melalui Indeks Syariah Malaysia (ISM) seterusnya IPAI dilihat sebagai perintis untuk diaplikasi dalam kajian-kajian lain pada masa hadapan serta memberi nilai tambah kepada ilmu pengetahuan semasa.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Integrasi, Projek Genom Melayu (PGM), Akidah Islam, Indeks Pematuhan Akidah Islam (IPAI)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 15 Feb 2022 07:11
Last Modified: 15 Feb 2022 07:11
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5461

Actions (login required)

View Item View Item