Perubahan makna dan sosial budaya dalam masa 200 tahun: Penelitian terhadap perkamusan melayu

Nazilah, Mohamad and Karim, Harun and Nor Hasimah, Ismail (2017) Perubahan makna dan sosial budaya dalam masa 200 tahun: Penelitian terhadap perkamusan melayu. Mahawangsa Pertanika, 1 (4). pp. 49-62. ISSN 2289-7259

[img] Text
FH02-FBK-17-11571.pdf
Restricted to Registered users only

Download (231kB)

Abstract

Makalah ini membincangkan aspek makna dalam perkamusan Melayu pada abad ke-19 dan abad ke-21. Kosa kata yang terakam dalam perkamusan Melayu dalam dua zaman dapat memberikan gambaran sosial budaya masyarakat Melayu. Terdapatnya jurang masa yang panjang menyebabkan adanya perubahan terhadap pemaknaan sesuatu kata, iaitu mengalami peluasan, pengecilan atau penggantian disebabkan oleh perubahan dalaman bahasa dan perubahan kehidupan masyarakat. Penelitian ini bertujuan memperoleh gambaran tentang sebab perubahan makna berlaku dalam dua zaman, dan perubahan tersebut akan dibincangkan secara internal linguistik seperti morfologi, semantik dan eksternal linguistik seperti sosial dan sejarah. Kajian ini menggunakan bahan penelitian bersumberkan kamus abad ke-19, iaitu kamus Marsden 1812 dan kamus Dewan Edisi Keempat 2013 mewakili abad ke-20. Selain itu, data Korpus DBP turut digunakan untuk menguatkan dapatan kerana berupaya memberikan gambaran penggunaan sebenar sesuatu kata. Data yang diperoleh dibincangkan secara asosiasi yang melihat perubahan makna kata. Hasil penelitian mendapati bahawa data kata jalang dan dendam daripada kedua-dua kamus menunjukkan berlakunya perubahan makna dari segi peluasan. Kata jalang dan dendam mempunyai peluasan makna bersifat peyorasi, iaitu makna positif bertukar kepada makna negatif. Faktor berlakunya penurunan makna ini disebabkan sejarah, peristiwa dan perubahan sosial budaya masyarakat.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: kamus Marsden, kamus Dewan, abad ke-19, abad ke-21, perubahan makna, peyorasi, sosial budaya.
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 15 Feb 2022 04:27
Last Modified: 15 Feb 2022 04:27
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5446

Actions (login required)

View Item View Item