Metode pentafsiran al-ilmiy hamka dan al-maraghiy terhadap ayat-ayat al-Kawniyyah : Satu perbandingan

Wan Helmy Shahriman, Wan Ahmad and Sharifah Norshah Bani, Syed Bidin and Kamarul Shukri, Mat Teh (2017) Metode pentafsiran al-ilmiy hamka dan al-maraghiy terhadap ayat-ayat al-Kawniyyah : Satu perbandingan. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 1 (15). pp. 99-112. ISSN 2289-6325

[img] Text
FH02-FKI-17-11168.pdf
Restricted to Registered users only

Download (392kB)

Abstract

Tafsir al-Azhar karangan HAMKA merupakan salah satu tafsir Alam Melayu yang memperlihatkan keluasan ilmu pengetahuan yang hampir mencakupi dan meliputi semua disiplin ilmu pengetahuan. Dalam tafsir ini, beliau cukup memberi perhatian kepada ayatayat al-Quran yang berkaitan dengan al-kawniyyah atau perkembangan alam tabii sebagai cara menguatkan akidah. Pendekatan yang diterapkan beliau dalam mentafsir ayat-ayat alkawniyyah adalah melalui corak pentafsiran al-ilmiy (tafsir saintifik). Walaupun terdapat pro dan kontra terhadap corak al-tafsir al-ilmiy, namun corak ini merupakan medium utama ulama-ulama Islam untuk membahaskan tentang ayat-ayat al-kawniyyah berpandukan teori-teori dan penemuan-penemuan sains yang terhasil pada zaman kini. Antara sumber rujukan HAMKA dalam menulis Tafsir al-Azhar ialah kitab tafsir karangan Sheikh Mustafa al-Maraghiy yang dikenali sebagai Tafsir al-Maraghiy. Tafsir ini juga disifatkan sebagai salah satu tafsir al-Quran yang menekankan tafsiran bercorak al-tafsir al-ilmiy dan bersifat sederhana dalam mengenengahkan fakta-fakta saintifik yang berkaitan ayat-ayat alkawniyyah dalam al-Quran. Artikel ini akan cuba meninjau dan menganalisis pandangan serta metodologi pentafsiran HAMKA dalam kitab tafsirnya berkaitan ayat-ayat al-kawniyyah dalam al-Quran dan membandingkan dengan tafsiran al-Maraghiy. Penulis mengenal pasti, mengumpul, menyusun, menganalisis dan membanding tafsiran-tafsiran yang dilakukan oleh HAMKA dan al-Maraghiy terhadap ayat-ayat al-kawniyyah untuk mendapatkan gambaran ringkas metodologi pentafsiran kedua-dua mufassir ini berdasarkan corak altafsir al-ilmiy dari sudut persamaan. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa selain daripada salah satu rujukan Tafsir al-Azhar, Tafsir al-Maraghiy memiliki kesamaan dari sudut disiplin penulisan dan pentafsiran terhadap ayat al-Quran yang diterapkan oleh HAMKA. Selain itu, kajian juga dapat membuktikan kesamaan yang dimiliki daripada keduadua mufassir ini hasil daripada hasil analisis metodologi pentafsiran terhadap ayat-ayat alkawniyyah melalui corak al-tafsir al-ilmiy. Kesimpulan daripada penulisan ini telah membuktikan kekuatan dan kemampuan yang tersendiri yang dimiliki oleh ulama Alam Melayu seperti HAMKA bahkan beliau juga merujuk kepada kitab-kitab tafsir yang utama dalam dunia disiplin ilmu agama Islam dalam mentafsirkan ayat-ayat Allah dalam al-Quran.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: al-Quran, al-Tafsir al-Ilmiy, Tafsir al-Azhar, HAMKA, Tafsir al-Maraghiy
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 14 Feb 2022 08:02
Last Modified: 14 Feb 2022 08:02
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5430

Actions (login required)

View Item View Item