Manhaj dakwah al-hissi dalam al-qudwah al-hasanah melalui ummuhāt al-akhlāk : Al-hikmah, al-syaja’ah, al-‘iffah dan al-‘adl (An analysis of the methods of al-hissi da’wah in ummuhāt al-akhlāk : Al-hikmah, al-syaja)

Azyyati, Mohd Nazim (2017) Manhaj dakwah al-hissi dalam al-qudwah al-hasanah melalui ummuhāt al-akhlāk : Al-hikmah, al-syaja’ah, al-‘iffah dan al-‘adl (An analysis of the methods of al-hissi da’wah in ummuhāt al-akhlāk : Al-hikmah, al-syaja). Malaysian Journal for Islamic Studies, 2 (2). pp. 43-54. ISSN 2550-2042

[img] Text
FH02-FKI-17-11161.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Proses menyampaikan dakwah dapat dilaksanakan secara lebih berkesan melalui kaedah ikutan contoh akhlak dalam membina keperibadian al-mad’u(sasaran dakwah). Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w merupakan contoh teladan bagi para pendakwah dalam semua perilaku Rasulullah s.a.w, baik ucapan mahupun perbuatan. Golongan pendakwah masa kini hendaklah peka terhadap para penyebar dakyah sonsang yang telah mempergunakan kecenderungan tabiat meniru manusia supaya mengikuti cara hidup manusia yang sesat dan menyimpang. Maka, bertitik tolak daripada persoalan pelaksanaan dakwah masa kini, golongan pendakwah hendaklah menggunakan manhaj dakwah al-Hissi supaya dapat menggerakkan fikiran dan perasaan manusia untuk mengikuti yang baik dan mulia. Maka, objektif kajian ini ialah untuk menganalisis manhaj dakwah al-Hissi dalam ummuhāt al-akhlak iaitu al-Hikmah, al-Syaja’ah, al- ‘Iffah dan al-‘Adl. Kaedah kajian ini menggunakan teknik analisis kandungan yang disokong dengan sumber-sumber primer iaitu al-Quran dan hadith melalui analisis induktif dan perbandingan pandangan tokoh-tokoh dalam bidang pengajian Islam dan disiplin ilmu dakwah. Hasil kajian didapati, kepentingan manhaj dakwah al-Hissi bertujuan untuk menyampaikan mesej dakwah yang dapat dilihat dan berkesan. Selain itu, kewajipan mencontohi Rasulullah s.a.w adalah penting sebagai panduan asas dakwah bilhal kepada seorang pendakwah dalam masyarakat. Oleh itu, kajian ini telah mendedahkan kepentingan seorang pendakwah untuk bertindak sebagai pengikat hubungan kemasyarakatan yang dikenali sebagai (لربط العام)

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Dakwah, Manhaj, al-Hissi, al-Qudwah al-Hasanah, Ummuhāt al-akhlak
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 14 Feb 2022 07:50
Last Modified: 14 Feb 2022 07:50
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5424

Actions (login required)

View Item View Item