Azyyati, Mohd Nazim (2017) Faktor penyimpangan dalam kalangan remaja berisiko dari perspektif Islam. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 1 (15). pp. 1-19. ISSN 2289-6325
Text
FH02-FKI-17-11160.pdf Restricted to Registered users only Download (663kB) |
Abstract
Dalam proses perkembangan usia remaja, sering kali remaja dikaitkan dengan usia yang belum mencapai tahap kematangan berfikir. Menurut perspektif agama, remaja berisiko dapat dikenal pasti dalam masalah penyimpangan. Penyimpangan ialah meninggalkan kebenaran dari jalan yang lurus menurut tuntutan agama Islam. Oleh itu, masalah penyimpangan remaja boleh membawa krisis nilai dalam kehidupan.Objektif kajian ini ialah untuk mengetahui faktor-faktor penyimpangan menurut perspektif agama. Kaedah kajian dijalankan menerusi analisis kandungan dokumen berdasarkan dalil-dalil al-Quran dan hadith serta sumber-sumber karya sekunder. Data-data dianalisis menerusi proses penelitian secara induktif dan dijelaskan dalam bentuk konsep dan teori. Hasil kajian mendapati faktor penyimpangan dalam Islam merujuk kepada dua faktor gabungan iaitu pertama, faktor dalaman iaitu kelemahan iman atau tiada kesedaran jiwa beragama yang boleh menghalang manusia dari menyimpang. Kedua, faktor luaran iaitu kewujudan desakan dorongan luar yang menggalakkan kepada perbuatan menyimpang yang menjadi faktor penggerak dari pengaruh persekitaran. Walau bagaimanapun, risiko dalam perspektif agama dan kaitannya dengan faktor penyebab perlakuan mengambil risiko bergantung kepada kawalan tabiat seseorang yang terdedah terhadap pengaruh kedua-dua faktor tersebut. Oleh itu, penekanan kepada aspek agama sangat dituntut semasa proses perkembangan akil baligh remaja.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Remaja berisiko, penyimpangan, ajaran Islam |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology |
Divisions: | Faculty of Islamic Contemporary Studies |
Depositing User: | Fatin Safura |
Date Deposited: | 14 Feb 2022 07:35 |
Last Modified: | 14 Feb 2022 07:35 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5423 |
Actions (login required)
View Item |