Perubahan Makna dan Sosiobudaya: Tinjauan Terhadap Kamus Marsden 1812

Nazilah, Mohamad and Karim, Harun and Nor Hasimah, Ismail (2015) Perubahan Makna dan Sosiobudaya: Tinjauan Terhadap Kamus Marsden 1812. In: Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu IX, 3-4 November 2015, UPM, SERDANG.

[img] Text
FH03-FBK-16-05518.pdf
Restricted to Registered users only

Download (239kB)

Abstract

Makalah ini membincangkan perkamusan Melayu pada abad ke-19. Penelitian dilakukan melalui kamus dwibahasa yang diusahakan oleh Marsdenpada tahun 1812. Perbincangan difokuskan kepada aspek-aspek yang terdapat dalam kamus Marsden seperti kandungan, lemma, dan entri. Makalah ini juga meneliti data-data linguistik yang terdapat dalam kamus Marsden. Jurang masa 200 tahun menyebabkan adanya perubahan-perubahanterhadap sesuatu kata iaitu mungkin mengalami pengembangan, pengecilan atau penggantian. Oleh itu, makalah ini akan melihat perubahanperubahan kosa kata dalam kamus Marsden dari aspek internal linguistik sepertimorfologi, semantik dan aspek eksternal linguistik yang turut membincangkan mengenai sejarah dan sosiobudaya masyarakat Melayu pada abad ke-19.Rakaman kosa kata dalam pendokumenan Melayu dapat memberi gambaran mengenai peristiwa, sejarah, dan kebudayaan masyarakat Melayu dalam suatu masa itu. Makalah ini menggunakan kamusDewan edisi keempat (2013) bagi membolehkan penelitian ini dapat dijalankan. Hasil daripada penelitian yang dijalankan didapati kata ‘jalang’ yang terdapat dalam catatan kamus pada abad ke-19 mengalami perubahan kelas kata, makna disebabkan berlaku perubahan sosiobudaya masyarakat.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 25 Oct 2020 03:31
Last Modified: 25 Oct 2020 03:31
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/542

Actions (login required)

View Item View Item