Pelaksanaan Perkhidmatan Anak terhadap Ibu Bapa Kurang Upaya Penglihatan: Kajian di Marang, Terengganu

Tengku Fatimah Muliana, Tengku Muda (2016) Pelaksanaan Perkhidmatan Anak terhadap Ibu Bapa Kurang Upaya Penglihatan: Kajian di Marang, Terengganu. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 13 (13). pp. 131-144. ISSN 2289-6325

[img] Text
FH02-FKI-17-07920.pdf
Restricted to Registered users only

Download (300kB)

Abstract

Kesejahteraan dalam masyarakat mempunyai hubungan rapat dengan pembinaan individu dalam institusi keluarga yang berkualiti. Dalam konteks ini, Islam memberi penekanan terhadap khidmat bakti seseorang anak terhadap kedua ibu bapanya. Relatifnya media massa telah banyak memaparkan kes-kes tentang orang kurang upaya (OKU) termasuk isu pengabaian oleh anak-anak mereka yang normal. Sehubungan dengan itu, artikel ini akan menganalisis perkhidmatan anak-anak yang normal terhadap ibu atau pun bapa atau kedua-duanya yang menghadapi masalah kurang upaya penglihatan. Analisis adalah tertumpu kepada keselarian khidmat bakti tersebut dengan adab serta anjuran yang telah digariskan dalam Islam. Ia akan memfokuskan kepada aspek penyempurnaan perkhidmatan, iaitu sejauhmana tanggungjawab anak-anak kepada golongan kurang upaya ini khasnya dalam berbakti kepada kedua ibu bapa mereka dari segi pelaksanaan ibadah, membantu dalam memenuhi keperluan harian serta memenuhi kehendak ibu bapa OKU. Kajian telah dijalankan di Taman Rahmat, Negeri Terengganu yang merupakan penempatan bagi komuniti kurang upaya. Melalui kaedah persampelan bertujuan dan snowball, seramai 34 orang informan daripada 15 buah keluarga telah dipilih. Kajian ini telah dilaksanakan dengan menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya. Data-data dipungut dengan menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perkhidmatan terhadap ibu bapa OKU yang direalisasikan selaras tuntutan syarak dan terdapat juga sesetengah aspek perkhidmatan lain yang dituntut syarak diabaikan oleh anak-anak warga OKU ini.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Adab Islam, anak-anak Orang Kurang Upaya, khidmat bakti, kurang upaya penglihatan, buta
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 14 Feb 2022 01:53
Last Modified: 14 Feb 2022 01:53
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5411

Actions (login required)

View Item View Item