Syh Noorul Madihah, Syed Husin and Raihanah, Azahari and Asmak, Ab Rahman (2016) Analisis Konsep Perbelanjaan Perkahwinan Rasulullah SAW. JURNAL USULUDDIN, 43 (1). pp. 109-136. ISSN 1394-3723
Text
FH02-FKI-17-07925.pdf Restricted to Registered users only Download (381kB) |
Abstract
Perbelanjaan perkahwinan merupakan peruntukan harta yang perlu dibelanjakan sebagai persiapan untuk mendirikan rumah tangga. Ia adalah satu keperluan kepada pasangan yang akan berkahwin. Rasulullah SAW pernah membelanjakan harta untuk pembayaran mas kahwin dan penganjuran walimah sempena perkahwinan baginda. Mutakhir ini, perbelanjaan perkahwinan masyarakat tempatan dilihat semakin tinggi. Trend sambutan perkahwinan secara besar-besaran dengan pelbagai adat dan kelengkapan semasa memerlukan kepada puluhan ribu ringgit. Ia bukan sahaja semakin membebankan pasangan yang akan berkahwin, malah boleh membawa kepada budaya berhutang dan berkahwin di lewat usia. Kekurangan penerokaan terhadap corak dan gaya perbelanjaan perkahwinan Rasulullah SAW semakin meruncingkan isu ini. Masyarakat seolah-olah hanya meneruskan trend tersebut tanpa didedahkan dengan panduan dalam menguruskan perbelanjaan perkahwinan mereka. Justeru itu, artikel ini bertujuan untuk mengkaji corak perbelanjaan perkahwinan Rasulullah SAW bagi mengemukakan konsep perbelanjaan perkahwinan yang telah dibawa oleh baginda. Sebagai sebuah kajian kualitatif, kajian ini akan menggunakan kaedah analisis dokumen dengan menelusuri dan meneliti peristiwa-peristiwa berkaitan corak perbelanjaan perkahwinan daripada sumber-sumber muktamad. Hasil analisis, kajian mendapati terdapat empat konsep perbelanjaan perkahwinan yang telah dipamerkan oleh Rasulullah SAW iaitu i) perbelanjaan bermanfaat, ii) perbelanjaan mengikut tahap kemampuan, iii) perbelanjaan secara sederhana dan iv) perbelanjaan secara kerjasama. Konsep tersebut sewajarnya dijadikan panduan dan seterusnya diterapkan oleh masyarakat dalam pengurusan perbelanjaan perkahwinan mereka mengikut kesesuaian semasa.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | perbelanjaan perkahwinan, konsep perbelanjaan perkahwinan, perkahwinan Rasulullah SAW |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman |
Divisions: | Faculty of Islamic Contemporary Studies |
Depositing User: | Rafidah M.Saaid |
Date Deposited: | 13 Feb 2022 08:12 |
Last Modified: | 13 Feb 2022 08:12 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5394 |
Actions (login required)
View Item |