Che Mohd Syaharuddin, Che Cob and Bahyah, Abdul Halim and Aziz, Amin (2017) Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi kerja dalam kalangan penjawat awam: Satu kajian teoritikal. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 4 (1). pp. 67-75. ISSN 2289-8042
Text
FH02-FESP-17-10938.pdf Restricted to Registered users only Download (459kB) |
Abstract
Kualiti modal insan memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju penjawat awam, di samping memastikan kecekapan pengurusan. Justeru, sektor awam perlu cekap dalam menjamin perkhidmatan berkualiti yang diberikan kepada semua pihak. Artikel ini bertujuan mencadangkan satu model kerangka teori kajian untuk menyelidik hubungan faktor individu dan kumpulan terhadap prestasi kerja dalam kalangan penjawat awam di Malaysia. Kajian ini mengemukakan empat pemboleh ubah bebas iaitu ciri-ciri personaliti, motivasi, autonomi pembelajaran dan gaya kepimpinan manakala prestasi kerja sebagai pemboleh ubah bersandar kajian. Selain itu, perbincangan tentang bagaimana teori tingkah laku terancang memainkan peranan dalam pembentukan kerangka teori kajian ini turut diperjelaskan. Secara umumnya, kajian ini membuktikan bahawa prestasi kerja seseorang individu pekerja itu mampu ditingkatkan sekiranya gabungan antara anteseden yang dicadangkan berada dalam keadaan yang baik. Artikel ini sesuai untuk dijadikan rujukan dan dapat menambah sumber literatur dalam bidang psikologi organisasi dan pengurusan sumber manusia.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Prestasi kerja, ciri-ciri personaliti, motivasi, autonomi pembelajaran, gaya kepimpinan |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology |
Divisions: | Faculty of Business and Management |
Depositing User: | Fatin Safura |
Date Deposited: | 13 Feb 2022 07:58 |
Last Modified: | 13 Feb 2022 07:58 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5387 |
Actions (login required)
View Item |