Kepentingan balaghah al-Itnab dalam al-Qur'an

Roslan, Ab Rahman and Md Nor, Abdullah and Abdul Wahid, Salleh and Abdulsoma, Thoarlim (2017) Kepentingan balaghah al-Itnab dalam al-Qur'an. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 15 (7). pp. 22-39. ISSN 2289-6325

[img] Text
FH02-FKI-17-10662.pdf
Restricted to Registered users only

Download (592kB)

Abstract

Al-Itnab merupakan salah satu daripada gaya bahasa yang terdapat dalam al-Qur'an. Gaya bahasa ini mempunyai nilai keistimewaan dan kekuatannya yang tersendiri berdasarkan kedudukannya sebagai kalam Allah swt. Oleh yang demikian, kajian ini akan menganalisis beberapa sampel ayat yang menggunakan gaya al-Itnab bagi menunjukkan kepentingannya. Data primer diperolehi daripada buku-buku tentang balaghah, Ic jaz alQur'an dan tafsir al-Bayan. Manakala data sekunder pula berdasarkan kepada buku-buku tentang bahasa, linguistik dan lain-lain. Sebanyak 3 sampel ayat yang menggunakan gaya al-Itnab dipilih berdasarkan kaedah Persampelan Bertujuan untuk dianalisis secara deskriptif iaitu masing-masing 1 sampel bagi 3 jenis sahaja daripada 10 jenis al-Itnab. Kajian mendapati gaya bahasa al-Itnab dalam al-Qur'an terbukti mempunyai keistimewaan dan kekuatannya yang tersendiri sehingga menjadikannya sebahagian daripada unsur Ic jaz al-Qur'an. Hal ini terbukti menerusi pertautan antara teori nahu dan balaghah dalam proses pentafsiran makna. Pelbagai makna tersirat dapat dizahirkan dan memberi kesan mendalam serta boleh menyentuh sanubari manusia agar berfikir dengan rasional tentang kebenaran mesej daripada al-Qur'an. Kepentingan al-Itnab juga didapati menerusi tujuannya yang menghilangkan keraguan dan menjawab persoalan yang timbul. Kebanyakan gaya al-Itnab juga mempunyai makna penegasan dan pengukuhan makna ayat. Implikasinya dapat memberi sumbangan terhadap kaedah proses pengkajian makna ayat al-Itnab yang boleh digunakan pada kompenen balaghah yang lain.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Gaya bahasa al-Itnab, balaghah al-Itnab dalam al-Qur‟an
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 13 Feb 2022 06:39
Last Modified: 13 Feb 2022 06:39
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5372

Actions (login required)

View Item View Item