Islah sebagai pendekatan pembangunan masyarakat: Kajian terhadap pemikiran Muhammad Rashid Rida

Norahida, Mohamed and Mohamad Zaidin, Mat@Mohamad (2017) Islah sebagai pendekatan pembangunan masyarakat: Kajian terhadap pemikiran Muhammad Rashid Rida. Sains Insani, 2 (2). pp. 98-105. ISSN 0127-7871

[img] Text
FH02-FKI-17-10429.pdf
Restricted to Registered users only

Download (527kB)

Abstract

Makalah ini mengupas tentang pemikiran islah Muhammad Rashid Rida dalam membangunkan masyarakat Islam. Objektif makalah ini adalah untuk mengenal pasti konsep islah menurut persektif Islam secara umum huraian konsep tersebut berdasarkan pemikiran beliau yang islamik, realistik dan futuristik. Makalah ini secara umumnya menyentuh mengenai konsep islah menurut perspektif Islam, latar belakang dan pemikiran Muhammad Rashid tentang faktor-faktor kelemahan umat Islam serta bagaimana islah dijadikan sebagai pendekatan dalam menangani permasalahan yang sedang dihadapi oleh umat Islam. Kajian terhadap pemikiran Muhammad Rashid Rida penting untuk melihat kesesuaian konsep islah yang dikemukakannya sebagai pendekatan dalam membangunkan masyarakat Islam berdasarkan realiti ummah pada hari ini. Penulisan ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan bagi meneliti dan menganalisis data-data daripada sumber primer dan sekunder. Data-data yang dikumpulkan daripada pelbagai sumber akan disaring dan disusun sebelum dianalisis menggunakan metode deduktif. Makalah ini mendapati, konsep islah yang dibawa oleh tokoh kajian ini bagi menangani permasalahan umat Islam adalah releven dengan situasi ummah pada hari ini. Kajian ini juga mendapati, semua pihak seperti kerajaan, rakyat, dan para cendekiawan perlu memainkan peranan yang signifikan bagi menyelesaikan permasalahan yang melanda umat Islam.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Islah; Masyarakat; Pemikiran; Kelemahan; Pembangunan
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 13 Feb 2022 03:15
Last Modified: 13 Feb 2022 03:15
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5345

Actions (login required)

View Item View Item