Perbandingan Qiraat Mutawatirah Farsh al Huruf dan perkaitannya dalam Perbezaan Hukum Fikah Berkaitan Ihram

Mohd A'tarahim, Mohd Razali and Abdillah Hisham, Abd. Wahab and Nor Hafizi, Yusof (2016) Perbandingan Qiraat Mutawatirah Farsh al Huruf dan perkaitannya dalam Perbezaan Hukum Fikah Berkaitan Ihram. Jurnal Hadhari, 8 (2). pp. 273-285. ISSN 1985-6830

[img] Image
FH02-FKI-17-08356.jpg
Restricted to Registered users only

Download (99kB)

Abstract

Qira’at adalah satu displin ilmu Islam yang masih asing kalangan masyarakat Islam Malaysia walaupun tanpa disedari, secara amalinya telah dipraktikkan dalam pembacaan al-Quran rutin harian mereka. Artikel ini cuba meninjau kedudukan dua perbezaan lafaz Qira’at Mutawatirah terhadap perbezaan hukum fikah kalangan fuqaha. Pemerhatian dilakukan dari aspek wajh qira’at bertujuan mengamati perbezaan wajah Qira’at bagi menyingkap pengaruhnya dalam mengeluarkan hukum fikah dalam permasalahan Fiqh Ihram dalam kalangan Fukaha Empat. Artikel ini ditulis berdasarkan kajian ke perpustakaan yang bergantung penuh kepada sumber-sumber perpustakaan berbentuk dokumen yang terdiri daripada kitab-kitab tafsir, hadis, fikah, sejarah, jurnal-jurnal ilmiah, kertas-kertas kerja dan bahan-bahan ilmiah lain yang mempunyai perkaitan dengan kajian ini. Ternyata dapatan hasil penyelidikan merumuskan bahawa kesahan displin ilmu Qira’at ini, jelas tidak boleh dipertikaikan tentang kewujudannya malah ketidaksamaan bacaan al-Quran menerusi perbezaan Qira’at memberi impak yang besar terhadap penafsiran al-Quran terutama ayat-ayat yang melibatkan hukum fikah. Dalam erti kata yang lain, ketidaksamaan wajh qira’at yang berlaku pada ayat-ayat al-Quran telah menimbulkan perbezaan pendapat dan ijtihad kalangan fuqaha’ dalam menginstibatkan sesuatu hukum yang terkandung di sebalik wajh qira’at dalam sesuatu ayat fikah seperti permasalahan Ihram.

Item Type: Article
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 13 Feb 2022 03:17
Last Modified: 13 Feb 2022 03:17
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5344

Actions (login required)

View Item View Item