Faktor-faktor kejayaan qari Negeri Terengganu dalam kesenian lagu al-Quran

Najmiah, Omar and Tasnim, Abdul Rahman and Fatimah Zaharah, Ismail and Nik Nor Azeah, Nik Azman (2017) Faktor-faktor kejayaan qari Negeri Terengganu dalam kesenian lagu al-Quran. Jurnal Sains Insani, 2 (1). pp. 35-41. ISSN 0127-7871

[img] Text
FH02-FKI-17-10330.pdf
Restricted to Registered users only

Download (579kB)

Abstract

Kesenian lagu al-Quran atau ilmu tarannum merupakan salah satu warisan peradaban manusia yang mempunyai nilai yang tinggi. Kertas kerja ini mengkaji faktor-faktor kejayaan qari di negeri Terengganu antara tahun 1960 hingga 2013. Data dikumpulkan melalui kaedah temubual semi-struktur terhadap 11 orang qari dan dianalisis secara kualitatif. Hasil kajian mendapati tujuh faktor yang membawa kejayaan qari seperti pendedahan dari peringkat awal, mempunyai motivasi, bakat, suara dan minat untuk mempelajari tarannum, belajar dari guru yang pakar, mempunyai strategi belajar yang berkesan, mempelajari rentak tarannum daripada qari Mesir dan penguasaan suara serta penjagaan aspek ikhtilal al-lahn, burdah dan wuslah. Aspek dalaman qari dan aspek luaran iaitu persekitaran memainkan peranan penting dalam memberi kejayaan kepada qari-qari dari negeri Terengganu. Implikasi kajian ini boleh diterapkan sebagai faktor pendorong kepada generasi baru untuk turut melakar kejayaan dalam ilmu tarannum al-Quran.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Tarannum; Peradaban Islam; Kesenian; Qari; Terengganu.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 13 Feb 2022 03:10
Last Modified: 13 Feb 2022 03:10
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5342

Actions (login required)

View Item View Item