Majalah pengasuh dan persoalan khilafah

Ermy Azziaty, Rozali and Wan Kamal, Mujani and Mohammad Zaidin, Mat@Mohamad (2017) Majalah pengasuh dan persoalan khilafah. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 14 (1). pp. 18-31. ISSN 2289 6325

[img] Text
FH02-FKI-17-10311.pdf
Restricted to Registered users only

Download (263kB)

Abstract

Majalah Pengasuh merupakan salah sebuah majalah yang memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat, ilmu dan sebagai wadah kepada gerakan islah dalam kalangan masyarakat Melayu sejak kelahirannya pada tahun 1918 yang diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan. Salah satu kelebihan Pengasuh adalah mampu bertahan sehingga ke hari ini berbanding media massa seangkatannya yang telah lama berkubur. Melihat kepada kepentingan dan peranan yang dimainkan Pengasuh, artikel ini cuba mengupas persoalan khilafah yang dibentangkan oleh Pengasuh pada tahun 1924. Perbincangan isu khilafah ini selari dengan peristiwa pembubaran khilafah oleh Mustafa Kemal di Turki. Pembubaran tersebut merupakan satu peristiwa penting kepada umat Islam kerana mengakhiri suatu bentuk sistem pemerintahan Islam yang diwarisi sejak zaman Khulafa al-Rasyidin.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Majalah Pengasuh, Khilafah, Mustafa Kemal
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 13 Feb 2022 02:46
Last Modified: 13 Feb 2022 02:46
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5336

Actions (login required)

View Item View Item