Analisis konflik pro-life dan pro-choice isu pengguguran terapeutik dari aspek menjaga nyawa menurut Al-Quran

Siti Khatijah, Ismail and Ridzwan, Ahmad (2017) Analisis konflik pro-life dan pro-choice isu pengguguran terapeutik dari aspek menjaga nyawa menurut Al-Quran. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 14 (1). pp. 68-80. ISSN 2289 6325

[img] Text
FH02-FKI-17-09958.pdf
Restricted to Registered users only

Download (559kB)

Abstract

Penguguran teraputik merupakan satu prosedur penamatan kehamilan berdasarkan justifikasi perubatan. Terdapat dua aliran pandangan apabila isu pengguguran dibincangkan. Golongan pertama membenarkan prosedur ini dilakukan dengan alasan untuk menyelamatkan nyawa ibu yang dikenali sebagai golongan yang pro-life. Golongan kedua pula mengutamakan hak seorang ibu untuk membuat pilihan sama ada ingin meneruskan kehamilan ataupun tidak yang dikenali sebagai pro-choice. Sehubungan dengan itu timbul konflik keutamaan di antara keduanya. Maka, artikel ini bertujuan menganalisis konflik ini mengikut konsep menjaga nyawa sebagaimana yang terdapat di dalam ayat 12 surah al-Mumtahanah dan ayat 31 surah al-Isra’. Melalui analisis terhadap karya sarjana dalam bidang fiqh dan perubatan, temu bual bersama pakar dalam bidang obstetrik serta tafsiran kedua-dua ayat ini dan aspek maslahah dan mafsadah menunjukkan bahawa pendekatan pro-life merupakan suatu keutamaan yang perlu dipelihara kerana lebih mengambil kira maslahah menjaga nyawa.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Al-Quran, menjaga nyawa, Pengguguran Terapeutik, pro-life, pro-choice.
Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
R Medicine > RM Therapeutics. Pharmacology
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 10 Feb 2022 08:20
Last Modified: 10 Feb 2022 08:20
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5315

Actions (login required)

View Item View Item