Elipsis (al-Hadhf) dalam al-Quran sebagai Satu Petunjuk Ketinggian Bahasa Arab Kalamullah

Mohd Shahrizal, Nasir (2017) Elipsis (al-Hadhf) dalam al-Quran sebagai Satu Petunjuk Ketinggian Bahasa Arab Kalamullah. Jurnal MANU, 25 (1). pp. 159-179. ISSN 1511-1989

[img] Text
FH02-FBK-17-09920.pdf
Restricted to Registered users only

Download (919kB)

Abstract

Elipsis atau al-hadhf merupakan satu uslub yang terdapat dalam bahasa Arab dan juga bahasa lain di dunia. Uslub berperanan menyerlahkan keindahan sesuatu bahasa kerana mempamerkan kepelbagaian gaya bahasa dalam menyampaikan makna ayat. Al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW dan umatnya menggunakan bahasa Arab standard. Oleh itu, kewujudan elipsis atau al-hadhf dalam al-Quran menunjukkan bahawa pemahaman terhadap ayat al-Quran memerlukan pengetahuan yang baik tentang tatabahasa Arab. Hal ini menjelaskan bahawa ayat al-Quran tidak boleh ditafsir oleh orang awam tanpa penguasaan ilmu tatabahasa Arab. Namun begitu, hal ini tidak membawa pengertian bahawa ayat-ayat al-Quran sukar untuk difahami. Makalah ini membincangkan kewujudan elipsis (al-hadhf) dalam bahasa Arab dan kewujudannya dalam al-Quran. Beberapa ayat al-Quran dianalisis bagi memahami elipsis (alhadhf) dan fungsinya dalam membawa makna ayat al-Quran secara jelas. Dapatan analisis menunjukkan bahawa pemahaman elipsis (al-hadhf) mempunyai kaitan yang rapat dengan kaedah tatabahasa Arab atau al-Nahw al-‘Arabiy. Justeru, penguasaan terhadap tatabahasa Arab merupakan satu keperluan dalam memahami ayat-ayat al-Quran.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Elipsis, al-hadhf, uslub, tatabahasa Arab, retorik Arab
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 10 Feb 2022 07:51
Last Modified: 10 Feb 2022 07:51
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5311

Actions (login required)

View Item View Item