Isu-isu syariah dalam pelaksanaan e-dagang

Ahmad Jazlan, Mat Jusoh and Joni Tamkin, Borhan and Mohd Borhanuddin, Zakaria (2015) Isu-isu syariah dalam pelaksanaan e-dagang. Jurnal Islam dan Masyarakat, 10 (1). pp. 68-80. ISSN 2289-6325

[img] Text
FH02-FKI-19-26288.pdf
Restricted to Registered users only

Download (378kB)

Abstract

Beberapa isu Syariah muncul ekoran daripada pelaksanaan e-dagang yang mendorong para ahli fiqh kontemporari berusaha melakukan ijtihad bagi merungkai isu-isu tersebut. Antara isu-isu Syariah yang dikenalpasti adalah apakah bentuk kontrak yang berlaku ?, bagaimana status barang jualan ? dan sejauh mana kelayakan pihak yang melakukan kontrak ?. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti bentuk kontrak yang berlaku, kewujudan barang jualan dan kelayakan pihak yang berkontrak dalam transaksi e-dagang. Metodologi kajian ini melibatkan pengumpulan maklumat daripada buku-buku, majalah-majalah, surat khabar dan lamanlaman web dan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian pengkaji yang melakukan transaksi e-dagang dengan syarikat Mphonline iaitu sebuah syarikat yang menjalankan penjualan buku secara atas talian di Malaysia. Kajian ini mendapati e-dagang secara konsepnya adalah selaras dengan muamalah Islam dari segi bentuk kontrak yang berlaku, status barang jualan dan kelayakan pihak yang melakukan kontrak sebagaimana yang dibincangkan oleh ahli-ahli fiqh terdahulu.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Isu Syariah, e-dagang, atas talian, Mphonline, muamalah Islam
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 09 Feb 2022 04:43
Last Modified: 09 Feb 2022 04:43
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5272

Actions (login required)

View Item View Item