Penggunaan teknik interpretative phenomenological analysis dalam penyelidikan bidang pengajian Islam

Ahmad Faizol, Ismail and Zulkifli, A. Manaf and Jamalluddin, Hashim and Mohd Sufian, Moktar (2015) Penggunaan teknik interpretative phenomenological analysis dalam penyelidikan bidang pengajian Islam. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 1 (11). pp. 1-11. ISSN 22896325

[img] Text
FH02-FKI-18-15603.pdf
Restricted to Registered users only

Download (235kB)

Abstract

Interpretative Phenomenological Analysis (IPA) adalah salah satu teknik penyelidikan yang digunakan dalam pendekatan penyelidikan kualitatif. Teknik ini pada kebiasaanya digunakan oleh penyelidik dalam bidang psikologi. Terdapat juga penyelidik bidang lain seperti bidang perubatan, farmaseutikal, teknikal dan keagamaan yang menggunakan teknik ini sebagai pilihan terutamanya apabila menjalankan kajian yang berkaitan dengan pengalaman, persepsi, penghayatan dan seumpamanya. Artikel ini bertujuan untuk memperkenalkan IPA sebagai salah satu pilihan teknik penyelidikan dalam bidang pengajian Islam. Artikel ini akan memberi fokus kepada pengalaman mengerjakan ibadah Haji oleh responden bagi memperlihatkan fungsi teknik ini. Pendekatan penyelidikan artikel ini adalah kualitatif. Kaedah analisis data temubual yang dikumpulkan bersama responden yang dikupas di akhir artikel akan memperlihatkan keistimewaan IPA dalam mencungkil makna-makna tertentu yang boleh didapati daripada pengalaman yang telah dilalui oleh responden ketika mengerjakan ibadah haji.

Item Type: Article
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 09 Feb 2022 03:59
Last Modified: 09 Feb 2022 03:59
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5258

Actions (login required)

View Item View Item