Pelaburan Emas dalam Kalangan Muslim Profesional di Kuala Terengganu

Nadhirah, Nordin and Rahimah, Embong and Siti Khatijah, Ismail and Kasimah, Kamaruddin and Zainun, Mohamed (2015) Pelaburan Emas dalam Kalangan Muslim Profesional di Kuala Terengganu. In: Proceedings of the UniSZA Research Conference 2015 (URC ’15), 14-16 April 2015, UNISZA.

[img] Text
FH03-FKI-16-06182.pdf
Restricted to Registered users only

Download (77kB)

Abstract

Pelaburan emas merupakan satu alternatif yang bijak untuk menjaga kestabilan kewangan terutamanya semasa berlakunya kemelesetan ekonomi dunia. Perkara ini menjadi satu fenomena dalam kalangan umat Islam hari ini dengan wujudnya pelbagai bentuk produk, teknik dan pelan pelaburan emas di pasaran semasa. Walau bagaimanapun, dalam keghairahan para pelabur Muslim melabur dalam pelaburan emas, terdapat produk, teknik dan pelan pelaburan emas yang tidak tidak sah dari sudut undang-undang dan tidak patuh syariah. Walaupun Parameter Pelaburan Emas patuh syariah telah difatwakan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, adalah dikhuatiri terdapat pelabur Muslim yang berpendidikan tinggi, namun masih tidak jelas tentang kriteria pelaburan emas patuh syariah. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengetahuan asas, kefahaman dan amalan dalam kalangan Muslim profesional terhadap pelaburan emas di Kuala Terengganu. Kajian ini dilakukan secara lapangan (field studies) dan menggunakan kaedah kuantitatif. Data dikumpulkan melalui instrumen soal selidik. Responden terdiri daripada 300 orang Muslim professional di Universiti Sultan ZainalAbidin (UniSZA), Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Teknologi Mara (UITM). Data-data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan kaedah perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Hasil daripada kajian yang telah dilakukan menunjukkan tahap pengetahuan Muslim profesional di universitiuniversiti ini tentang asas-asas pelaburan emas adalah sederhana. Manakala tahap kefahaman mereka tentang hukum pelaburan emas patuh syariah pula hanyalah memuaskan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HG Finance
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 25 Oct 2020 02:31
Last Modified: 25 Oct 2020 02:31
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/523

Actions (login required)

View Item View Item