Pengoptimuman Analisis Biomekanik Terhadap Pemain Bola Sepak Menggunakan Kaedah Tindak Balas Permukaan

Nadzifah, Yaakub and Mohd Firdaus, Mahamad Ali and Ahmad Rasdan, Ismail and Mahamad Ali, Abd Rahman (2016) Pengoptimuman Analisis Biomekanik Terhadap Pemain Bola Sepak Menggunakan Kaedah Tindak Balas Permukaan. Jurnal Antarabangsa "Creative Futures" & Warisan, 4 (2). pp. 53-70. ISSN 2289-4527

[img] Text
FH02-FBIM-17-08393.pdf
Restricted to Registered users only

Download (358kB)

Abstract

Bola sepak merupakan suatu permainan yang digemari di seluruh dunia dan sukan ini merupakan sukan nombor satu di dunia begitu juga di Malaysia. Walaupun bola sepak di negara kita menuju era profesional, prestasinya adalah di tahap rendah dan tidak dapat dibanggakan. Setelah dikaji, pemain bola sepak negara masih lemah dari segi teknik tendangan. Teknik tendangan yang berkualiti dalam permainan bola sepak merupakan aspek terpenting dalam menghasilkan jaringan dan juga hantaran. Teknik tendangan kekura kaki merupakan teknik tendangan yang kerap kali digunakan dalam sukan bola sepak bagi tujuan hantaran pendek dan tepat serta ketika melakukan jaringan. Kajian ini dijalankan bagi mendapatkan nilai pengoptimuman bagi arah sudut larian dan jarak kaki sokongan daripada bola serta tekanan dalaman bola terhadap halaju sudut pada bahagian kaki yang menendang. Seramai enam orang subjek menggunakan kaki dominan kanan dan bebas daripada sebarang kecederaan dari pelbagai kategori telah dipilih sebagai subjek dalam kajian ini. Pengumpulan data dilakukan dengan mengambil gambar video 3 dimensi yang difokuskan pada bahagian bawah badan iaitu dari paras pinggang ke buku lali. Untuk tujuan ini, penanda akan dilekatkan pada bahagian bawah badan sebelum tendangan dilakukan oleh subjek. Analisis data telah dilakukan dengan menggunakan perisian 3 Dimensi Qualisys Track Manager. Bagi analisis statistik, perisian Minitab dengan menggunakan kaedah tindak balas permukaan melalui rekabentuk Box-Behnken telah digunakan. Hasil daripada kajian ini, didapati pengotimuman bagi ketiga-tiga parameter iaitu arah sudut larian adalah sebanyak 53.6º, jarak kaki sokongan sebanyak 8.84sm dan tekanan bola sebanyak 0.9bar dengan halaju sudut lutut sebanyak 779.27 darjah/saat telah terhasil. Persamaan model matematik bagi pengaruh setiap faktor tendangan terhadap halaju sudut pada bahagian kaki yang menendang telah ditentukan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Biomekanik, Tendangan, Bola Sepak, Teknik, Pengoptimuman
Subjects: T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Faculty of Bio-resources & Food Industry
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 08 Feb 2022 02:33
Last Modified: 08 Feb 2022 02:33
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5186

Actions (login required)

View Item View Item