Kamarul Shukri, Mat Teh and Zulazhan, Ab. Halim (2016) Shahid al-Quran in Arabic Grammar Works: A Systematic Literature Review. Journal of Nusantara Studies, 1 (1). pp. 18-29. ISSN 0127-9319
Text
FH02-FBK-17-08419.pdf Restricted to Registered users only Download (866kB) |
Abstract
Teori Nahu al-Quran yang menekankan impak al-Quran dalam tatabahasa Arab telah menarik banyak kajian dilakukan. Dalam tempoh 31 tahun selepas munculnya teori tersebut (1984-2015), terdapat lebih 19 kajian menggunakan istilah shahid al-Quran dihasilkan sama ada kajian bagi memenuhi syarat memperoleh ijazah akademik, artikel yang diterbitkan dalam jurnal mahupun kertas seminar. Kajian kualitatif ini meninjau literatur kajian shahid al-Quran dengan menggunakan kaedah analisis dokumen dan berpandukan jadual matrik “Systematic Literature Review (SLR)”. Analisis sistematik berkenaan memfokuskan kepada latar belakang, isu atau lompang, metodologi dan dapatan kajian. Hasil kajian mendapati kajian shahid al-Quran telah popular dalam kalangan pengkaji Arab dengan fokus kepada karya utama karangan ulama tatabahasa berketurunan Arab, manakala bentuk kajian kualitatif menggunakan kaedah analisis dokumen atau kandungan lebih mendominasi kajian shahid al- Quran. Kajian shahid al-Quran perlu terus dikembangkan seperti meneroka sebab yang tersurat dan tersirat di sebalik penggunaannya dalam kalangan sarjana tatabahasa.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | shahid al-Quran, tatabahasa Arab, teori nahu al-Quran, sorotan literatur secara sistematik |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics P Language and Literature > PA Classical philology P Language and Literature > PJ Semitic |
Divisions: | Faculty of Languages & Communication |
Depositing User: | Rafidah M.Saaid |
Date Deposited: | 07 Feb 2022 07:33 |
Last Modified: | 07 Feb 2022 07:33 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5169 |
Actions (login required)
View Item |