Sumbangan novel Mesir Zainab dalam kemunculan novel Malaysia Faridah Hanom

Mohd Shahrizal, Nasir (2015) Sumbangan novel Mesir Zainab dalam kemunculan novel Malaysia Faridah Hanom. Jurnal Melayu, 14 (2). pp. 362-366. ISSN 1675-7513

[img] Text
FH02-FBK-17-07846.pdf
Restricted to Registered users only

Download (140kB)

Abstract

Kesusasteraan Bandingan merupakan satu disiplin dalam kajian kesusasteraan. Jika ditekuni mengenai definisi disiplin ini, terdapat pelbagai takrifan yang boleh memberi pemahaman jelas tentang disiplin ini. Antara takrifan Kesusasteraan Bandingan ialah “The study of literature beyond the boundaries of one nation or culture or language. It also examines the relationships between literature and other areas, e.g. the arts, music, social sciences, religion, philosophy and so forth … Theoretically, the comparative study of literature thus provides us with a wide and open field.” (Schipper, Mineke, 1989: 1). Takrifan ini memberi satu pemahaman jelas tentang disiplin Kesusasteraan Bandingan yang sangat luas hingga melepasi sempadan bangsa, budaya dan bahasa. Selain itu, disiplin ini juga mencakupi soal hubungan kesusasteraan dengan aspek-aspek lain seperti kesenian, muzik, agama dan sebagainya. Selain itu, persoalan tentang aspek sumber, pengaruh dan adaptasi merupakan antara yang penting untuk diperhalusi dalam kajian-kajian melibatkan Kesusasteraan Bandingan. Melihat kepada skop perbincangan disiplin Kesusasteraan Bandingan yang amat unik dan luas, di Malaysia misalnya, disiplin Kesusasteraan Bandingan menjadi antara bidang kajian yang diberi tumpuan apabila terbitnya buku-buku awal berkaitan disiplin ini seperti Arabic and Islamic Literary Tradition with Reference to Malay Islamic Literature (1982) oleh Ismail A. Hamid, The Emergence of the Novel in Modern Indonesian and Malaysian Literature (1991) oleh A. Wahab Ali, The Ocean of Unity: Wahdat Al-Wujud in Persian, Turkish and Malay Poetry (1993) oleh Muhammad Bukhari Lubis dan beberapa lagi.

Item Type: Article
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 07 Feb 2022 07:24
Last Modified: 07 Feb 2022 07:24
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5166

Actions (login required)

View Item View Item