Kejelasan dan kekaburan makna kosa kata arab dalam novel mahabbah karya Shahnon Ahmad

Mohd Shahrizal, Nasir (2015) Kejelasan dan kekaburan makna kosa kata arab dalam novel mahabbah karya Shahnon Ahmad. Islamiyyat: The International Journal of Islamic Studies, 37 (1). pp. 69-76. ISSN 0216-5636

[img] Text
FH02-FBK-17-07844.pdf
Restricted to Registered users only

Download (244kB)

Abstract

Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah membawa satu perubahan besar dalam kehidupan masyarakat Melayu. Perubahan ini bukan sahaja melibatkan aspek kepercayaan, malah turut meliputi aspek kebudayaan, kesenian, kemasyarakatan, pendidikan dan ekonomi. Pemanfaatan kosa kata Arab dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu merupakan antara perubahan positif yang menjadi penyumbang ke arah perkembangan bahasa Melayu. Namun, pemanfaatan kosa kata bahasa Arab perlu selari dengan konteks ayat bahasa Melayu. Dengan kata lain, pemanfaatan tersebut perlu bersesuaian antara makna asal dalam bahasa Arab dengan makna yang ingin dijelaskan dalam bahasa Melayu mengikut konteks ayat. Bertolak daripada pemahaman ini, makalah ini menganalisis beberapa kosa kata bahasa Arab yang digunakan dalam novel Mahabbah karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Selain itu, terdapat kosa kata bahasa Arab yang digunakan merupakan ambilan daripada perkataan yang terdapat dalam al-Qur’an. Hal ini sejajar dengan kandungan novel yang membicarakan nilai-nilai Islam seperti persaudaraan, kasih sayang, permuafakatan dan kemaafan. Tujuan utama analisis ini adalah untuk meneliti ketepatan pemanfaatan kosa kata Arab mengikut konteks ayat dalam novel Mahabbah. Berdasarkan dapatan analisis, terdapat kosa kata Arab yang digunakan dalam novel tidak bertepatan dengan konteks ayat. Di samping itu, penggunaan kosa kata Arab tidak menyumbang kepada pemahaman makna bagi sesuatu ayat. Analisis turut menunjukkan pemanfaatan kosa kata Arab dalam novel Mahabbah tidak memberi penjelasan yang signifikan terhadap jalan cerita Mahabbah, malah pada sesetengah keadaan ia mungkin merumitkan pembaca untuk memahami mesej yang ingin disampaikan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Mahabbah; kosa kata Arab; bahasa Arab; makna; karya sastera
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 07 Feb 2022 07:05
Last Modified: 22 May 2022 07:26
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5163

Actions (login required)

View Item View Item