Jawlah lughawiyyah sebagai medium untuk meningkatkan tahap kemahiran bertutur dan menulis dalam bahasa arab: Satu pengenalan

Mohd Shahrizal, Nasir and Mohd Firdaus, Yahaya and Wan Abdul Hayyi, Wan Omar and Zulazhan, Ab. Halim (2015) Jawlah lughawiyyah sebagai medium untuk meningkatkan tahap kemahiran bertutur dan menulis dalam bahasa arab: Satu pengenalan. Jurnal Al-Sirat Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, 15 (1). pp. 51-59. ISSN 1823-4313

[img] Text
FH02-FBK-17-07843.pdf
Restricted to Registered users only

Download (592kB)

Abstract

Proses pembelajaran bahasa Arab oleh pelajar daripada kalangan bukan penutur jati yang melibatkan aktiviti di luar bilik darjah mampu memberi kesan positif dalam peningkatan pemerolehan bahasa. Aktiviti bahasa di luar bilik darjah yang dijalankan secara berstruktur dengan mementingkan aspek pemerolehan kemahiran berbahasa mampu memberi motivasi kepada pelajar dalam proses pembelajaran bahasa. Pembentukan suasana belajar yang melibatkan penggunaan panca indera insan dalam situasi tertentu di luar ruang bilik darjah memberi banyak manfaat kepada pelajar terutama dalam proses pemerolehan perbendaharaan kata. Dengan perbendaharaan kata yang mencukupi, ia dapat membantu pelajar dalam meningkatkan tahap penguasaan kemahiran berbahasa terutama kemahiran bertutur dan menulis. Oleh itu, satu medium alternatif yang melibatkan aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah perlu diketengahkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jawlah Lughawiyyah merupakan salah satu medium alternatif yang boleh dilaksanakan kepada para pelajar sebagai salah satu aktiviti cadangan bagi pembelajaran di luar bilik darjah. Aktiviti ini lebih memberi fokus kepada para pelajar yang terdiri daripada kalangan bukan penutur jati bahasa Arab. Bahagian seterusnya akan memperincikan perbincangan mengenai Jawlah Lughawiyyah khususnya dari sudut pelaksanaan.

Item Type: Article
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 07 Feb 2022 06:59
Last Modified: 07 Feb 2022 06:59
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5162

Actions (login required)

View Item View Item