Tinjauan persepsi pembelajaran bahasa arab untuk tujuan ibadah sebagai satu keperluan bagi masyarakat muslim awam di Malaysia

Mohd Shahrizal, Nasir and Muhammad Sabri, Sahrir (2015) Tinjauan persepsi pembelajaran bahasa arab untuk tujuan ibadah sebagai satu keperluan bagi masyarakat muslim awam di Malaysia. The Asia Pacific Journal of Educators and Education, 30 (1). pp. 51-72. ISSN 2289-9057

[img] Text
FH02-FBK-17-07839.pdf
Restricted to Registered users only

Download (451kB)

Abstract

Bahasa Arab merupakan satu bahasa yang mempunyai kedudukan istimewa dalam Islam. Ia dipilih untuk menjadi bahasa pengantara bagi membawa mesej Islam. AlQuran dan hadis yang merupakan panduan utama umat Islam disampaikan kepada mereka dalam bahasa Arab. Selain itu, kesemua amal ibadah umat Islam tidak terlepas daripada penggunaan bahasa Arab, malah menjadi syarat sesuatu ibadah itu diterima oleh Allah SWT khususnya yang melibatkan ibadah seperti solat dan haji. Hal ini menjadikan bahasa Arab amat sinonim dengan Islam dan umatnya. Kepentingan bahasa ini dalam kehidupan setiap muslim menjelaskan keperluan untuk mempelajari dan menguasai bahasa Arab. Selain itu, kepelbagaian bangsa dan bahasa umat Islam di seluruh dunia menjadi asas utama perlunya usaha mempelajari bahasa Arab khususnya bagi tujuan ibadah. Oleh itu, dapat difahami bahawa pembelajaran bahasa Arab oleh setiap individu muslim bukan merupakan satu pilihan tetapi satu keperluan. Artikel ini dihasilkan dengan tujuan untuk meninjau persepsi berkaitan pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan masyarakat muslim awam di Malaysia. Kajian dijalankan melalui soal selidik yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook® melibatkan sejumlah 616 responden di seluruh Malaysia. Sasaran utama bagi kajian ini ialah masyarakat muslim awam daripada pelbagai latar belakang pendidikan. Hasil kajian menunjukkan majoriti masyarakat awam mengiktiraf kepentingan pembelajaran bahasa Arab bagi masyarakat muslim khususnya bagi memahami bacaan-bacaan asas dalam ibadah. Selain itu, pelbagai cadangan turut dikemukakan oleh responden bagi meningkatkan mutu pembelajaran bahasa Arab. Berdasarkan dapatan daripada kajian ini, satu rumusan cadangan modul pembelajaran bahasa Arab untuk tujuan ibadah telah dicadangkan bagi membantu masyarakat awam mempelajari bahasa ini berdasarkan cadangan responden.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: bahasa Arab, pembelajaran bahasa bagi tujuan khusus, ibadah, masyarakat awam, pembinaan modul
Subjects: D History General and Old World > D History (General)
J Political Science > JA Political science (General)
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 07 Feb 2022 04:54
Last Modified: 07 Feb 2022 04:54
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5160

Actions (login required)

View Item View Item