Sabab al-nuzul ayat-ayat al-Quran dalam novel perang badar oleh Abdul Latip Talib

Mohd Shahrizal, Nasir (2015) Sabab al-nuzul ayat-ayat al-Quran dalam novel perang badar oleh Abdul Latip Talib. Pertanika Mahawangsa: Jurnal Bahasa, Budaya Dan Warisan Melayu, 2 (2). pp. 153-178. ISSN 2289-7259

[img] Text
FH02-FBK-17-07830.pdf
Restricted to Registered users only

Download (402kB)

Abstract

“Novel Sejarah Islam” merupakan satu siri penerbitan novel-novel yang memanfaatkan kisah-kisah sejarah Islam di bawah inisiatif PTS Sdn. Bhd. “Siri Novel Sejarah Islam” ini rata-rata mendapat sambutan daripada khalayak pembaca di Malaysia. Novel jenis ini dianggap mampu menarik minat pembaca untuk memahami dan menghayati sejarah Islam. Konteks cerita yang berlegar tentang sejarah Islam dan melibatkan kehidupan Rasulullah SAW dan para sahabat, menyebabkan kandungan novel-novel yang terbit di bawah siri “Novel Sejarah Islam” mengandungi kutipan ayat-ayat Al-Quran. Dengan bertolak daripada pegangan tentang pentingnya aspek sabab al-nuzul atau sebab penurunan dalam pemanfaatan ayat-ayat Al-Quran dalam karya kreatif, makalah ini meneliti novel bertajuk Perang Badar: Perang Penentuan (2010) karya Abdul Latip Talib. Novel ini terbit di bawah siri “Novel Sejarah Islam” oleh PTS Sdn. Bhd. Analisis ini bertolak daripada aspek sebab penurunan (sabab al-nuzul) ayat-ayat Al-Quran, dengan memberi fokus kepada beberapa pemanfaatan ayat-ayat Al-Quran dalam novel yang dikaji. Analisis juga akan membandingkan pengkisahan sabab al-nuzul ayat-ayat Al-Quran dalam novel, dengan kitab-kitab berkaitan sabab al-nuzul yang berautoriti. Analisis ini mendapati rata-rata pengkisahan sabab al-nuzul ayat-ayat Al-Quran dalam novel yang dikaji adalah sejajar dengan kitab-kitab sabab al-nuzul yang dirujuk. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa aspek yang perlu diberikan perhatian seperti soal kecermatan dan kesempurnaan dalam pengkisahan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Al-Quran, novel sejarah Islam, sabab al-nuzul, sebab penurunan ayat AlQuran
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
D History General and Old World > D History (General)
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 07 Feb 2022 04:47
Last Modified: 22 May 2022 07:27
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5159

Actions (login required)

View Item View Item