Pentaksiran untuk pembelajaran: Satu tinjauan awal

Yuslaini, Yunus and Kamarul Shukri, Mat Teh (2015) Pentaksiran untuk pembelajaran: Satu tinjauan awal. UNSPECIFIED, pp. 81-94.

[img] Text
FH02-FKI-16-06123.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Kertas kajian ini akan membincangkan tentang pentaksiran untuk pembelajaran bagi meningkatkan pembelajaran pelajar dan pengajaran pensyarah di dalam bilik darjah. Kajian yang dipelopori oleh Black dan William pada tahun 1998 telah mendapat perhatian yang meluas di seluruh dunia. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti beberapa ciri amalan pentaksiran iaitu berkongsi objektif antara pensyarah dan pelajar, penyoalan lisan, memberikan maklum balas serta menggalakkan pentaksiran kendiri dan rakan sebaya. Kertas kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 29 item dengan menggunakan skala Likert 5 mata iaitu 1 = tidak diamalkan 2 - 3 - 4 - 5 = sangat diamalkan. Pensampelan adalah secara rawak yang terdiri daripada 40 orang pelajar daripada pelbagai unit dan semester di sebuah IPG. Hasil dapatan kajian bagi berkongsi objektif pembelajaran, penyoalan lisan dan pemberian maklum balas adalah tinggi, manakala pentaksiran kendiri dan rakan sebaya adalah sederhana. Justeru itu pentaksiran ini tidak begitu menular dan popular dalam kalangan pensyarah dan pelajar.

Item Type: Book
Uncontrolled Keywords: Pentaksiran untuk pembelajaran, berkongsi objekif pembelajaran, penyoalan lisan, maklum balas, pentaksiran kendiri dan pentaksiran rakan sebaya.
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 07 Feb 2022 02:57
Last Modified: 19 Mar 2023 06:12
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5138

Actions (login required)

View Item View Item