Pengaruh permainan bahasa terhadap motivasi murid sekolah rendah dalam pembelajaran perbendaharaan kata bahasa arab

Fairosnita, Ibrahim and Kamarul Shukri, Mat Teh (2015) Pengaruh permainan bahasa terhadap motivasi murid sekolah rendah dalam pembelajaran perbendaharaan kata bahasa arab. Jurnal Tinta Artikulasi Membina Ummah, 1 (2). pp. 41-50. ISSN 2289-960X

[img] Text
FH02-FKI-16-06089.pdf
Restricted to Registered users only

Download (343kB)

Abstract

Perbendaharaan kata merupakan asas dalam penguasaan bahasa terutamanya bahasa asing atau bahasa kedua. Penguasaan perbendaharaan kata yang baik dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran bahasa yang lain. Perbendaharaan kata memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan murid-murid untuk menguasai bahasa kedua atau bahasa asing termasuk bahasa Arab. Antara punca kelemahan dalam penguasaan perbendaharaan kata bahasa Arab dalam kalangan murid adalah berpunca daripada pengajaran yang kurang menarik serta gagal merangsang motivasi murid dalam proses pembelajaran. Justeru, menjadi cabaran utama para guru dalam memilih kaedah pengajaran yang mampu merangsang motivasi murid. Antara kaedah pengajaran yang berkesan untuk diaplikasikan dalam proses P&P bagi merangsang motivasi murid ialah kaedah permainan bahasa. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh permainan bahasa terhadap motivasi murid sekolah rendah dalam pembelajaran perbendaharaan kata bahasa Arab. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen. Kajian ini menggunakan data-data yang dipungut menerusi instrumen soal selidik. Penumpuan diberikan kepada tiga aspek iaitu tahap motivasi secara keseluruhan, tahap motivasi berdasarkan konstruk, dan berdasarkan item soal selidik. Kajian ini melibatkan seramai 60 orang responden dalam kalangan murid Tahun Lima dari Sekolah Kebangsaan Bachok. Dapatan kajian ini dianalisis menggunakan data deskriptif. Hasil dapatan kajian juga mendapati tahap motivasi secara keseluruhan berada pada tahap tinggi. Hasil dapatan kajian ini juga mendapati tahap motivasi berdasarkan konstruk dan berdasarkan item berada pada tahap tinggi.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: permainan bahasa, pembelajaran, perbendaharaan kata, bahasa Arab, motivasi
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 07 Feb 2022 01:40
Last Modified: 07 Feb 2022 01:40
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5126

Actions (login required)

View Item View Item