Program Pemantapan Kerohanian Keluarga Miskin Dan Miskin Tegar Teluk Ketapang, Kuala Terengganu

Razi, Yaakob and Daud, Ismail and Ibrahim, Mamat (2016) Program Pemantapan Kerohanian Keluarga Miskin Dan Miskin Tegar Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE), 1 (2). pp. 183-195. ISSN 2462-1714

[img] Text
FH02-FUPL-17-09350.pdf
Restricted to Registered users only

Download (165kB)

Abstract

Perubahan sosiobudaya, sikap dan perlakuan masyarakat pesisiran pantai merupakan salah satu aspek terpenting dalam usaha membangunkan masyarakat di Pantai Timur Semenanjung Malaysia khususnya di perkampungan nelayan Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. Kampung ini telah dibuka oleh orang Bugis dari Kepulauan Riau yang singgah untuk berlindung buat sementara waktu pada musim tengkujuh sebelum meneruskan pelayaran ke Kamboja bertujuan berdagang dan belajar. Nama kampung ini diambil daripada nama asal kampung nelayan Bugis di Riau. Ia berada kir-kira 10 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Kamupung ini dikelilingi oleh Kampung Telaga Daing, Kampung Duyong, Kampung Bukit Tok Beng dan Kampung Telada Batin. Bilangan penduduk kampung seramai 3452 orang yang terdiri daripada tujuh kategori pekerjaan iaitu hasil selidikan pada tahun 2010. Rumusan data kajian menunjukan berlaku tidakseimbangan pendapatan isi rumah mengikut jenis pekerjaan. Komuniti persisir barada pada kedudukan istimewa dalam sejarah yang tinggal di pantai timur, mereka pernah mejadi pedagang dan pelaut, di samping melibatkan diri sebagai nelayan, petani serta pertukangan kraftangan. Dalam tempoh dua dekad kebelakangan ini, proses modenisasi yang pesat telah memberi kesan mendalam ke atas masyarakat ini. Walaupun banyak program telah di laksanakan oleh pihak kerajaan dan swasta, tetapi terdapat juga kumpulan yang terus tercicir dari arus pembangunan. Antara faktor utama projek yang telah dijalankan tidak mencapai objektif adalah kerana ia tidak menepati keperluan kumpulan sasar dan kurang peka terhadap ajaran agama Islam. Oleh itu, Malalui kajian yang telah dibuat dengan kerjasama dengan beberapa buah agensi kerajaan seperti Universiti Malaysia Terengganu, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)Terengganu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Majlis Agama Islam, Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Jabatan Perikanan Negeri Terenganu bergabung untuk melihat suatu perubahan yang akan melonjak kesedaran masyarakat kearah positif. Kajian ini menggunakan metodologi analisis persampelan, instrument kajian, Pengumpulan data analisis data yang telah dibahagikan kepada empat fasa utama iaitu analisi situasi dan keperluan komuniti, merancang projek pembangunan berdasarkan keperluan, pelaksanaan projek pembangunan dan penilian kesan projek keatas kumpulan sasar. Harapan semoga kajian ini boleh mengubah sosioekonomi melalui kesedaran agama yang mendalam sebagai asas untuk pembangunan sosioekonomi.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Miskin Tegar, Agama, Perubahan Sosiobudaya, Program Pemantapan Kerohanian Keluarga Miskin Dan Miskin Tegar Teluk Ketapang, Kuala Terengganu
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 06 Feb 2022 07:33
Last Modified: 06 Feb 2022 07:33
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5114

Actions (login required)

View Item View Item