Permasalahan pertuturan dalam bahasa Arab sebagai bahasa kedua (Speaking problems in Arabic as a second language)

Nadwah, Daud and Nadhilah, Abdul Pisal (2014) Permasalahan pertuturan dalam bahasa Arab sebagai bahasa kedua (Speaking problems in Arabic as a second language). GEMA Online Journal of Language Studies, 14 (1). pp. 117-133. ISSN 16758021

[img] Image
FH02-FBK-14-00749.jpg
Restricted to Registered users only

Download (197kB)

Abstract

Kajian ini dijalankan ke atas sekelompok pelajar yang mengikuti kursus kemahiran bertutur bahasa Arab, iaitu BA (LQS 0415) yang ditawarkan oleh CELPAD (Centre for Languages & Pre-University Academic Development), International Islamic University Malaysia (IIUM), Gombak, kepada pelajar yang membuat pengkhususan dalam Pengajian Islam dan Bahasa Arab (IRKHS). Kursus tersebut dilaksanakan bagi membantu meningkatkan prestasi akademik golongan pelajar melalui penguasaan kemahiran untuk bertutur bahasa Arab. Akan tetapi, didapati bahawa sejumlah 70% pelajar tidak mampu mengikuti perbincangan dalam kelas dengan efektif disebabkan penguasaan Bahasa Arab mereka yang lemah. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi pelajar ketika bertutur bahasa Arab dengan meneliti secara langsung akan kesukaran-kesukaran yang pelajar hadapi ketika mereka melaksanakan tugasan yang melibatkan aktiviti pertuturan. Metode kajian yang digunakan ialah pemerhatian dan temu bual. Tiga tugasan berbahasa Arab bersifat tunggal dan berbilang telah ditugaskan kepada pelajar yang merangkumi: 1) melakonkan situasi, 2) penceritaan semula dan (3) perkongsian pengalaman. Ketiga-tiga tugasan berbahasa Arab tersebut mempunyai tahap kesukaran yang berbeza sama ada ia disokong oleh konteks atau tidak. Di samping itu, para responden diberikan tempoh persediaan sebelum tugasan mereka dibentangkan. Kajian ini mendapati bahawa kesukaran dalam berbahasa Arab telah membantutkan keupayaan pelajar dalam aktiviti yang memerlukan kemahiran bertutur. Pelajar berdepan dengan lebih banyak masalah ketika melaksanakan tugasan secara individu kerana mereka perlu melaksanakannya dengan sendiri. Selain itu, kekurangan kosa kata semasa bertutur juga mengganggu kelancaran pelajar ketika sesi penyampaian. Setelah mengenal pasti permasalahan pelajar dalam pertuturan, guru digalakkan memfokuskan aktiviti pembelajaran kepada pengukuhan kosa kata serta memperbanyakkan aktiviti berkumpulan dengan menekankan aspek berkomunikasi dalam Bahasa Arab semasa tugasan-tugasan tersebut dilaksanakan. Pelajar didapati dapat mengatasi masalah yang mereka hadapi dengan bantuan rakan sekumpulan. Selain itu, aktiviti berkumpulan juga mampu mencetuskan suasana kebahasaan yang dapat merangsang penggunaan bahasa yang dipelajari.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: tugasan tunggal; tugasan berbilang; persediaan; sokongan konteks; kelancaran pertuturan
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > PI Oriental languages and literatures
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Syahmi Manaf
Date Deposited: 13 Sep 2022 05:24
Last Modified: 13 Sep 2022 05:24
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5104

Actions (login required)

View Item View Item