Penterjemahan Bahasa Kiasan Dalam Sari Kata Drama Arab Flag Of Truth

Noor Eliza, Abdul Rahman and Zulazhan, Ab. Halim (2016) Penterjemahan Bahasa Kiasan Dalam Sari Kata Drama Arab Flag Of Truth. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah Vol 3 Bil 2 (2016), 3 (2). pp. 106-118. ISSN 2289-8042

[img] Text
FH02-FKI-17-11594.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini membincangkan strategi penterjemahan bahasa kiasan daripada bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu dengan menumpukan kepada aspek tashbih, isti’arah, kinayah dan mathal dalam sari kata drama Arab Flag of Truth. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti strategi penterjemahan yang diaplikasi oleh penyari kata dalam menterjemahkan bahasa kiasan di samping menganalisis strategi penterjemahan yang sesuai untuk diguna pakai dalam menangani bentuk-bentuk bahasa kiasan yang dibincangkan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan analisis kandungan untuk mendapatkan data. Kajian ini berpandukan kepada strategi penterjemahan metafora yang dikemukakan oleh Newmark. Sebanyak sembilan sampel dipilih untuk dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan terdapat tiga strategi penterjemahan yang menjadi pilihan penyari kata, iaitu penterjemahan literal, pentafsiran dan penggantian. Berdasarkan sampel-sampel yang dipilih, penggunaan strategi penterjemahan literal adalah paling tinggi. Kajian ini juga mendapati strategi pentafsiran tidak boleh menghasilkan terjemahan yang terlalu panjang dan strategi penggantian pula dianggap sangat sesuai untuk membantu penonton memahami mesej cerita dengan pantas dan mudah dalam teks sari kata yang terikat dengan kekangan ruang dan masa.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Bahasa kiasan, strategi penterjemahan, penterjemahan literal, pentafsiran, penggantian
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > PN2000 Dramatic representation. The Theater
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 06 Feb 2022 01:59
Last Modified: 06 Feb 2022 01:59
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5057

Actions (login required)

View Item View Item