Strategi perekayasaan modal insan cemerlang berdasarkan surah Al-Kahfi

Mohd Shafiee, Hamzah and Rahimah, Embong and Azhar, Yaacob and Muhamad Zaid, Ismail (2015) Strategi perekayasaan modal insan cemerlang berdasarkan surah Al-Kahfi. In: International Seminar on al - Quran in Contemporary Society, 10 - 11 October 2015, Universiti Sultan Zainal Abidin.

[img] Image
FH03-FKI-16-06133.jpg
Restricted to Registered users only

Download (114kB)
[img] Image
FH03-FKI-16-06134.jpg
Restricted to Registered users only

Download (55kB)
[img] Text
FH03-FKI-16-06135.pdf
Restricted to Registered users only

Download (534kB)

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenalpasti beberapa strategi utama untuk merekayasa modal insan cemerlang berdasarkan pengajaran yang boleh dianalisis daripada surah alKahfi. Surah ini sarat dengan pelbagai kisah tauladan seperti Ashab al-Kahfi, Nabi Adam a.s.dan Iblis, Nabi Musa a.s. dan hamba soleh serta nabi Zulkarnain a.s. Kesemua kisah tersebut berkait rapat dengan pembentukan peribadi Muslim yang telah terbukti cemerlang dalam setiap aspek iaitu spiritual, moral, fizikal dan intellektual. Kedah kontemplatif digunakan untuk menganalisis ayat-ayat pilihan dalam surah al-Kahfi dan juga ayat-ayat daripada surah yang berkaitan. Analisis kandungan juga diaplikasikan untuk meneliti kandungan yang tersurat dalam Tafsir Fi zilal al-Quran karya Sayyid Qutub dan juga tafsir Ibn Kathir. Kajian terhadap kisah-kisah yang dinukilkan dalam Surah al-Kahfi ini, telah menemukan beberapa strategi boleh diaplikasikan dalam perekayasaan modal insan. Dapatan kajian telah mengenalpasti lima strategi utama iaitu; pertama, pemantapan akidah dalam setiap diri modal Insan; kedua, pembinaan pandangan alam (tasawur) yang benar tentang kehidupan; ketiga, penerapan adab dalam proses pencarian ilmu; keempat, pembinaan benteng yang kukuh daripada sebarang anasir merosakkan masyarakat dan kelima, amalan pemakanan yang berkualiti. Kajian ini memberi implikasi kepada peningkatan kualiti hidup dan nilai modal insan cemerlang untuk memperkasakan tamadun Islam.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 25 Oct 2020 01:25
Last Modified: 25 Nov 2020 02:21
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/505

Actions (login required)

View Item View Item