Kaedah dan Kesan Memahami al-Asma' al-Husna Berkaitan Perbuatan Allah Menurut al-Ghazali dalam Kitab al-Maqsad al-Asna

Mohd Hasrul, Shuhari and Mohd Fauzi, Hamat (2016) Kaedah dan Kesan Memahami al-Asma' al-Husna Berkaitan Perbuatan Allah Menurut al-Ghazali dalam Kitab al-Maqsad al-Asna. Jurnal Kefahaman Ahli Sunnah WalJama'ah, 7 (1). pp. 1-5. ISSN 2225-4609

[img] Image
FH02-FKI-19-25275.jpg
Restricted to Registered users only

Download (69kB)
[img] Image
FH02-FKI-19-25276.jpg
Restricted to Registered users only

Download (121kB)

Abstract

Kefahaman terhadap al-Asma’ al-Husna merupakan perkara penting dalam Islam kerana ia telah diperintahkan sendiri oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadisnya. Setiap yang diarahkan oleh baginda s.a.w sudah pasti ada keistimewaannya dan kelebihannya kepada seseorang individu itu khususnya dalam kalangan umat Islam. Antara keistimewaan tersebut ialah dorongan menyemai ciri al-ikhlas (keikhlasan) dalam diri seseorang individu Muslim. Makalah ini bertujuan menjelaskan kaedah memahami al-Asma’ al-Husna menurut al-GhazÉlÊ (m. 505H). Hubung kait di antara kefahaman terhadap al-Asma’ al-Husna dan ciri al-ikhlas yang boleh dibentuk dan disemai dalam diri seseorang individu Muslim juga akan diperjelaskan. Makalah ini menggunakan metodologi analisis kandungan (content analysis) yang difokuskan kepada kitab tulisan al-GhazÉlÊ iaitu al-Maqsad al-Asna fi Sharh Asma’ Allah al-Husna. Makalah ini merumuskan bahawa kaedah kefahaman terhadap al-Asma’ al-Husna yang betul akan membantu dan mendorong seseorang individu Muslim untuk memiliki ciri al-ikhlas kerana terdapat hubung kait yang signifikan di antara kefahaman terhadap al-Asma’ al-Husna dan ciri al-ikhlas tersebut.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Al-Asma’ al-Husna; al-ikhlas; al-GhazÉlÊ; al-Maqsad al-Asna.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
C Auxiliary Sciences of History > CT Biography
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 03 Feb 2022 06:47
Last Modified: 03 Feb 2022 06:47
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5040

Actions (login required)

View Item View Item