Pengaruh Serta Peranan Ibu Bapa Dalam Pembentukan Personaliti Dan Keperibadian Syed Qutb: Analisis Autobiografi “Kisah Seorang Anak Kampung ”

Nurazan, Mohmad Rouyan and Mardhiyyah, Zamani (2016) Pengaruh Serta Peranan Ibu Bapa Dalam Pembentukan Personaliti Dan Keperibadian Syed Qutb: Analisis Autobiografi “Kisah Seorang Anak Kampung ”. International Journal Of Humanities Technology And Civilization, 1 (2). pp. 106-115. ISSN 2289-7216

[img] Text
FH02-FBK-19-31335.pdf
Restricted to Registered users only

Download (488kB)

Abstract

Peranan ibu bapa dalam pembentukan personaliti serta keperibadian anak-anak tidak dapat dinafikan lagi terutamanya di fasa awal kehidupan mereka. Menurut pepatah Melayu, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, kecemerlangan seorang anak, samada dari sudut kejayaan akademik mahupun memiliki budi pekerti tinggi kebiasaannya terletak di tangan kedua ibu bapa yang memainkan peranan penting mencoraknya. Seringkali terjadi, apabila timbul sebarang masalah atau kepincangan akhlak dalam kalangan remaja, pasti ibu bapalah yang pertama dituding serta dipertanggungjawabkan. Justeru, kajian ini bertujuan menyingkap pengaruh dan peranan ibu bapa terhadap anak-anak di fasa awal perkembangan mereka, iaitu di usia kanak-kanak berdasarkan pengalaman Syed Qutb melalui analisis terhadap autobiografinya “Kisah Seorang Anak Kampung”. Penyelidikan ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan. Dapatan kajian membuktikan bahawa ibu bapa sangat berpengaruh dalam membina personaliti, keperibadian serta ketokohan seseorang anak, dan ia berlaku dalam dua bentuk: memberi gambaran atau persepsi yang positif kepada anak dan memainkan peranan penting sebagai ibu bapa. Kajian ini memfokuskan beberapa peranan penting yang telah dimainkan oleh kedua ibu bapa Syed Qutb dalam melahirkan tokoh yang terkenal ini.Tidak dapat dinafikan lagi, persepsi positif serta peranan penting sebagai ibu bapa merupakan faktor utama dalam menjamin kejayaan anak-anak.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Peranan ibu bapa, pembentukan peribadi, personaliti, kejayaan, Syed Qutb
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
C Auxiliary Sciences of History > CT Biography
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 03 Feb 2022 06:25
Last Modified: 03 Feb 2022 06:25
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5036

Actions (login required)

View Item View Item