Strategi pengukuhan dialog peradaban menurut pemikiran nursi

Mohamad Zaidin, Mohamad and Fadzli, Adam and Rahimah, Embong and Bazli, Shafie and Mohd Afandi, Salleh and Daud, Ismail (2015) Strategi pengukuhan dialog peradaban menurut pemikiran nursi. In: Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century, 6 - 7 September 2015, Universiti Sultan Zainal Abidin.

[img] Text
FH03-INSPIRE-16-06174.pdf
Restricted to Registered users only

Download (404kB)

Abstract

Dialog peradaban merupakan satu bentuk interaksi antara peradaban dunia yang mampu membawa kepada kesejahteraan dan keamanan sejagat. Kajian ini cuba mengkaji pemikiran Badiuzzaman Said Nursi, seorang sarjana Muslim Turki yang terkenal dengan idea-idea kemanusiaan sejagat dalam karya agungnya, Risale-i Nur. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan terhadap sumber-sumber utama (Risale-i Nur) dan sekunder. Dapatan yang diperoleh menunjukkan bahawa sistem pendidikan yang diamalkan, kerjasama antara agama yang pelbagai dan dialog yang beretika sangatlah diperlukan dalam merealisasikan nilai-nilai positif dialog peradaban dan tidak hanya terhenti sekadar perbincangan akademik di pentas-pentas seminar, bengkel dan sebagainya. Kajian ini juga membuktikan bahawa Islam mempunyai gagasan yang jelas dalam isu-isu berkaitan dengan hubungan antara peradaban dunia semenjak 1400 tahun yang lalu.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > LA History of education
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 25 Oct 2020 01:09
Last Modified: 24 Nov 2020 08:37
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/502

Actions (login required)

View Item View Item