Analisis kontrastif hubungan kata kerja transitif dan objek dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu

Kamarul Shukri, Mat Teh (2014) Analisis kontrastif hubungan kata kerja transitif dan objek dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu. Journal Ulum Islamiyyah, 12 (1). pp. 35-54. ISSN 1675-5936

[img] Text
FH02-FKI-18-16402.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Pengetahuan dan pengalamun bahasa pertama sering digunakan oleh pelajar semasa mempelajari bahasa asing/kedua. Perbezaan dan persamaan kedua-dua bahasa ibunda dan sasaran memberi implikasi positif dan negatif terhadap pembelajaran bahasa asing/kedua. Artikel ini memerihalkan suatu analisis kontrastif terhadap hubungan kata kerja transitif dan objek dalam bahasa Arab dan Melayu. Struktur dan elemen bagi aspek tatabahasa dalam kedua-dua bahasa tersebut telah dikaji. Analisis kontrastif menunjukkan terdapat beberapa persamaan seperti kata kerja bahasa Arab dan Melayu boleh ditransitifkan melalui penambahan imbuhan; kata kerja transitif yang melampaui kepada dua objek dalam bahasa Arab dan Melayu memerlukan kepada objek tepat dan objek sipi; dan objek di dalam frasa kerja aktif asalnya terletak di akhir ayat Antara perbezaan yang dikenal pasti adalah pentransitifan kata kerja bahasa Arab kebiasaannya menerima imbuhan awalan atau dalaman sedangkan kata kerja bahasa Melayu menerima imbuhan awalan sahaja, atau awalan dan akhiran sekali gus; kata kerja transitifbahasa Arab boleti melampaui kepada tiga objek dan is tidak berlaku dalam bahasa Melayu; dan alamat Prab dalam bahasa Arab memainkan peranan penting untuk membezakan objek daripada unsur-unsur bahasa yang lain, sedangkan penentuan objek dalam bahasa Melayu dibuat melalui makna perkamusan dan gaya bahasa. Hasil kajian telah membawa kepada implikasi pedagogikal seperti keperluan perkongsian maklumat analisis dengan pelajar, penyusunan bahan pengajaran, dan pengemaskinian kaedah pengajaran berdasarkan keputusan analisis.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Analisis Kontrastif, Kata Kerja Transitif, Objek, Bahasa Arab, Bahasa Melayu
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 31 Jan 2022 08:33
Last Modified: 31 Jan 2022 08:33
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5005

Actions (login required)

View Item View Item