Qissah Dalam Al-Quran dan Pemanipulasiannya Dalam Karya Sastera Arab: Kajian Terhadap Qissah al-Isra' wa al-Mi'raj

Mohd Shahrizal, Nasir and Mohd Firdaus, Yahaya (2014) Qissah Dalam Al-Quran dan Pemanipulasiannya Dalam Karya Sastera Arab: Kajian Terhadap Qissah al-Isra' wa al-Mi'raj. In: Language & Education Conference, 20-21 October 2014, Universiti Sains Islam Malaysia.

[img] Text
FH03-FBK-14-01545.pdf
Restricted to Registered users only

Download (334kB)

Abstract

Al-Quran merupakan salah satu gaya atau uslub penyampaian bagi menjelaskan kandungan al-Quran.Uslub ini mempunyai ciri -ciri yang tersendiri dan ia tidak boleh disamakan dengan seni "cerita" dalam bidang kesusasteraan. Uslub al-Qissah membawa makna yang sarat dengan pengajaran bagi manfaat umat manusia sekiranya mereka berfikir. Pengajaran yang terdapat dalam Qissah al­-Quran menjadi tujuan utama ia dimanfaatkan dalam al-Quran. Justeru, Uslub ini tidak bersifat rioci rinci,namun kekal membawa pengajaran dengan jelas bagi ayat al-Quran. Salah satu peristiwa yang termasuk dalam kategori al-Qissah al­ Qurraniyyah ialah peristiwa al-lsra' wa al-Mi'raj telah mengundang satu fenomena dalam dunia kesusasteraan Arab apabila ia dimanipulasi bagi melahirkan karya sastera yang mirip dengan qissah tersebut. Kertas kerja ini akan membincangkan pemanipulasian Qissah al-Isra' wa al-Mi'raj dalam beberapa buah karya sastera Arab iaitu al-Maqamah al-Iblisiyah, al-Tawabi' wa al-Zawabi', dan Risalat al-Ghufran. Kajian ini akan menganalisis kandungan teks karya-karya sastera tersebut berdasarkan beberapa tatacara pemanfaatan sumber al-Quran serta batasan akidah dalam penulisan karya sastera. Berdasarkan analisis yang dijalankan, ternyata karya-karya kesusasteraan Arab tersebut mengandungi unsur-unsur pemanipulasian terhadap Qissah al-Isra' wa al-Mi'raj dan ia secara langsung bertentangan dengan tatacara pemanfaatan sumber al-Quran serta batasan akidah dalam penulisan karya sastera. Hal mi membawa satu kesimpulan bahawa setiap karya yang bertentangan dengan ketetapan lslam, maka ia perlu ditolak bagi menjamin keutuhan pegangan akidah umat islam.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 25 Oct 2020 01:19
Last Modified: 25 Oct 2020 01:19
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/500

Actions (login required)

View Item View Item