Pembentukan akhlak mahmudah sebagai mekanisme pembangunan insan: Analisis terhadap tafsir Fi Zilal al-Quran

Azli Fairuz, Laki and Mohd. Shafiee, Hamzah and Wan Hishamudin, Wan Jusoh (2015) Pembentukan akhlak mahmudah sebagai mekanisme pembangunan insan: Analisis terhadap tafsir Fi Zilal al-Quran. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 10 (10). pp. 36-48. ISSN 1985-7667

[img] Image
FH02-FKI-15-04199.jpg
Restricted to Registered users only

Download (231kB)

Abstract

Akhlak Mahmudah merupakan mekanisme yang panting dalam pembangunan insan. Manusia sebagai khalifah sentiasa terdedah kepada akhlak mahmudah (terpuji) dan akhlak mazmumah (tercela) sepanjang kehidupan di muka bumi ini. Justeru, al-Ouran telah menggunakan beberapa metode dalam memastikan manusia dibangunkan dengan akhlak mahmudah. Justeru, kertas ini bertujuan untuk melihat akhlak masyarakat Arab jahiliah yang disebut oleh al Quran dan menjelaskan metodologi al Quran dalam pembentukan akhlak mahmudah dalam membangunkan potensi mereka sebagai modal insan yang unggul. Bagi mengumpul data, penulis meneliti kandungan kitab al-Quran dan mengumpulkan ayat-ayat yang berkaitan dengan tema akhlak. Bagi tujuan analisis, kajian ini menggunakan metode deduktif bagi membuat kesimpulan tentang metodologi alQuran dalam menerapken akhlak mahmudah dalam diri insan. Hasil kajian mendapati bahawa al-Quran menggunaken empat pendekatan dalam menanamkan akhlak mahmudah dalam diri manusia taltu pewujudan suri teladan, penceritaan kisah-kisah generasi terdahulu, perumpamaan dan ancaman serta dorongan. Keempat-empat metodologi yang digunakan al-Quran ini mampu memastikan akhlak mahmudah sentiasa tertanam dalam diri kerana ia merupakan pendekatan yang sesuai dengan fitrah dan naluri manusia.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Akhlak Mahmudah, Pembangunan Insan, Fi Zilal Al-Quran
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 31 Jan 2022 07:52
Last Modified: 31 Jan 2022 07:52
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/4993

Actions (login required)

View Item View Item