Komunikasi Anak-Anak Terhadap Ibu Bapa Cacat Penglihatan Di Taman Rahmat, Terengganu: Analisis Menurut Perspektif Islam

Syh Noorul Madihah, Syed Husin and Siti Fatimah, Salleh and Tengku Muda, Dr. Tengku Fatimah Muliana (2014) Komunikasi Anak-Anak Terhadap Ibu Bapa Cacat Penglihatan Di Taman Rahmat, Terengganu: Analisis Menurut Perspektif Islam. JURNAL HADHARI, 6 (1). pp. 55-72. ISSN 1985-6830

[img] Text
FH02-FKI-17-10914.pdf
Restricted to Registered users only

Download (981kB)

Abstract

Komunikasi anak-anak terhadap ibu bapa amat dititikberatkan dalam Islam dan pemahaman tentang kaedah komunikasi yang dianjurkan Islam amat penting lebih-lebih lagi bagi mereka yang berhadapan dengan ibu bapa kurang upaya seperti golongan cacat penglihatan. Al-Quran dan hadis menggariskan beberapa panduan berkomunikasi bagi seseorang anak terhadap ibu bapa agar setiap ungkapan yang dituturkan oleh anak-anak bersesuaian dengan kedudukan ibu bapa yang tinggi di sisi Islam. Objektif artikel ini adalah untuk membincangkan bentuk komunikasi anak-anak terhadap ibu bapa cacat penglihatan di Taman Rahmat dengan memberi tumpuan kepada kata nama panggilan untuk ibu bapa, sahutan panggilan daripada anak, gaya bahasa percakapan harian dan respons yang diberikan oleh anak-anak terhadap permintaan ibu bapa. Analisis dibuat daripada data kualitatif yang diperoleh daripada temu bual semi-struktur secara mendalam dan juga pemerhatian dalam kalangan keluarga responden. Hasil kajian mendapati anakanak dalam kalangan ibu bapa cacat penglihatan menggunakan panggilan yang baik seperti mak, ayah atau abah, dan menggunakan gaya bahasa percakapan yang baik sepertimana yang diharapkan oleh ibu bapa mereka sejajar dengan tuntutan agama. Namun demikian, kajian juga mendapati terdapat anak-anak yang masih belum mempersembahkan komunikasi terbaik menurut perspektif Islam terutamanya dalam aspek sahutan panggilan ibu bapa dan respons kepada panggilan mereka. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi input kepada pelbagai pihak berkepentingan bagi meningkatkan tahap kesedaran dan kecaknaan anak-anak dalam aspek komunikasi terhadap ibu bapa cacat penglihatan di samping menambah luas korpus ilmu dalam bidang yang berkaitan dengan komunikasi dan keluarga.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: komunikasi, cacat penglihatan, buta, keluarga Islam, Terengganu
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HE Transportation and Communications
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 31 Jan 2022 03:35
Last Modified: 31 Jan 2022 03:35
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/4981

Actions (login required)

View Item View Item