Khalwat dalam kalangan remaja di Malaysia dan Aceh: Kajian terhadap pematuhan syariah

Noor ‘Ashikin, Hamid and Shariffah Nuridah Aishah, Syed Nong Mohamad and Lily Suryati, Mohd Jamil and Nur Amani, Pauzai (2015) Khalwat dalam kalangan remaja di Malaysia dan Aceh: Kajian terhadap pematuhan syariah. Kanun, 27 (2). pp. 297-313. ISSN 0128-2670

[img] Text
FH02-FLAIR-15-03747.pdf
Restricted to Registered users only

Download (431kB)

Abstract

Khalwat dalam kalangan remaja merupakan kesalahan syariah yang kini semakin membimbangkan bukan sahaja di Malaysia bahkan di Indonesia. Berita dan laporan mengenai tangkapan remaja berkhalwat sering dipaparkan menerusi media cetak dan elektronik. Sekiranya perilaku ini tidak dibendung dan ditangani segera akan mengakibatkan keruntuhan akhlak yang teruk kepada generasi akan datang. Makalah ini menganalisis konsep remaja, kesalahan khalwat menurut syariah dan peruntukan perundangan Aceh dan Malaysia di samping meneliti sejauhmana konsep syariah dipatuhi dalam perundangan Malaysia dan Aceh. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan berbentuk kualitatif, iaitu pengumpulan data dilakukan melalui kajian kepustakaan dan temu bual. Data didapati menerusi penelitian terhadap Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia dan Qanun Syariah Aceh, rujukan terhadap al-Quran, al-Hadith, buku, media cetak dan elektronik serta temu bual dengan beberapa tokoh perundangan dan agama kedua-dua negara. Kajian mendapati bahawa prinsip undang-undang syariah tidak dipatuhi sepenuhnya di Malaysia dan Aceh dan mencadangkan beberapa penambahbaikan dalam memantapkan kepatuhan terhadap syariah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: khalwat, kesalahan syariah, remaja, Malaysia, Aceh
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
K Law > K Law (General)
K Law > KZ Law of Nations
Divisions: Faculty of Law & International Relations
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 31 Jan 2022 02:58
Last Modified: 31 Jan 2022 02:58
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/4978

Actions (login required)

View Item View Item