Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu: Penilaian Berasaskan Tafsir 'Ilmi

Ahmad Farid, Ibrahim and Selamat, Amir and Mohd Yakub @ Zulkifli, Mohd Yusoff (2014) Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu: Penilaian Berasaskan Tafsir 'Ilmi. JURNAL USULUDDIN, 39 (1). pp. 111-133. ISSN 1394-3723

[img] Text
FH02-FKI-17-09816.pdf
Restricted to Registered users only

Download (470kB)

Abstract

Antara syarat penterjemahan makna al-Qur’an ialah penterjemahan tersebut dilakukan oleh satu jawatankuasa yang terdiri daripada mereka yang pakar dalam bidang-bidang tertentu seperti bahasa Arab, bahasa pengantar yang digunakan, tafsir dan bidang-bidang lain seperti sastera, sejarah, geografi, kimia, biologi, perubatan, kejuruteraan, undang-undang dan seumpamanya kerana al-Qur’an bukan membincangkan persoalan hukum semata-mata malah terkandung di dalamnya elemen pelbagai bidang ilmu. Ayat-ayat al-Qur’an yang dilihat memerlukan penilaian semula dari segi terjemahan maknanya ialah ayat yang berkaitan dengan ciptaan atau lebih dikenali dengan ayat kawniyyat. Ayat kawniyyat ini secara tidak langsung mengandungi elemen sains yang memerlukan kepakaran mereka yang berkecimpung dalam bidang tersebut untuk mengetahui makna yang tepat agar terjemahan yang dilakukan selari dengan penemuan sains moden. Objektif kajian ini adalah untuk menilai semula terjemahan makna ayat kawniyyat berkaitan penciptaan haiwan berpandukan fakta sains moden bagi mengetahui keserasian antara kedua-duanya. Kajian ini dijalankan dengan menganalisis terjemahan makna ayat tersebut menggunakan tafsīr ‘ilmī untuk mengetahui sama ada terjemahan makna ayat tersebut selari dengan fakta sains moden. Terjemahan makna sebenar kepada ayat tersebut kemudiannya dicadangkan. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa penambahan nilai dalam terjemahan makna ayat seperti perkataan namlah diterjemahkan dengan makna “seekor semut” di mana cadangan makna lain ialah “seekor semut betina,” perkataan al-‘Ankabut diterjemahkan dengan makna “labah-labah” di mana cadangan makna lain ialah “labah-labah betina” dan perkataan al-Naḥl diterjemahkan dengan makna “lebah” di mana cadangan makna lain ialah “lebah-lebah betina”.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: terjemahan al-Qur’an, makna al-Qur’an, ayat kawniyyat, tafsīr ‘ilmī, ilmu sains
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 31 Jan 2022 02:32
Last Modified: 31 Jan 2022 02:32
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/4972

Actions (login required)

View Item View Item