Shuhaida Hanim, Mohamad Suhane and Kamariah, Yunus and Muzammir, Anas and Nurazan, Mohmad Rouyan and Raja Hazirah, Raja Sulaiman (2014) Kepentingan Memperkenalkan Model Strategi Pengajaran Balaghah Peringkat IPT. In: Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab 2014, 14 September 2014, Auditorium Blok Akademik UniSZA..
Text
FH03-FBK-14-01553.pdf Restricted to Registered users only Download (506kB) |
Abstract
Artikd ini merupakan gambaran awal mengenai penyelidikan yang dijalankan oleh kumpulan penyelidik dengan menggunakan Dana Penyelidikan Universiti (DPU), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Penyelidikan ini merupakan kajian eksloratori untuk megenal pasti strategi pengajaran Balaghah Arab yang digunakan di Institusi-institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Pantai Timur Malaysia. Ia dilihat sebagai langkah awal ke arah memperkenalkan Model Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Balaghah peringkat IPT, memandangkan matapelajaran Balaghah merupakan subjek yang kritikal dan menjadi komponen penting dalam pengajarn dan pembelajaran Bahasa Arab. Balaghah merupakan satu disiplin ilmu yang berasaskan penerokaaan seni dan kehalusan nilai sastera. Melalui ilmu ini,pelajar dapat memahami dan memupuk cita rasa sastera Arab serta menyingkap makna dan rahsia keindahan dalam ayat-ayat al-Quran. Walau bagaimanapun, kajian mendapati bahawa tahap penguasaan pelajar peringkat IPT terhadap ilmu ini berada pada tahap rendah dan sederhana, sedangkan minat dan motivasi pelajar untuk menguasainya adalah tinggi. Untuk itu, startegi pengajaran yang baik dan berkesan perlu disusun dan dirangka demi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran ilmu ini. Kertas kajian ini membincangkan kepentingan memperkenalkan strategi Balaghah peringkat pengajian tinggi.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education |
Divisions: | Faculty of Languages & Communication |
Depositing User: | Muhammad Akmal Azhar |
Date Deposited: | 25 Oct 2020 00:44 |
Last Modified: | 25 Oct 2020 00:44 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/491 |
Actions (login required)
View Item |