Mohd Shafiee, Hamzah and Azli Fairuz, Laki and Rahimah, Embong and Nik Murshidah, Nik Din (2015) Penerapan akidah dalam dasar pendidikan Malaysia: Analisis terhadap falsafah pendidikan negara dan Islam Hadhari. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 9 (1). pp. 1-11. ISSN 1985-7667
![]() |
Text
FH02-FKI-15-02858.pdf Restricted to Registered users only Download (177kB) |
Abstract
Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah penerapan unsur akidah dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan di Malaysia. Hakikatnya, akidah merupakan perkara yang paling dasar dalam pembinaan modal insan yang cemerlang. Perkara ini telah terbukti apabila penurunan al-Quran yang bersifat rabbani (ketuhanan) telah menekankan pendekatan dari aspek akidah sebagai dasar yang terpenting dalam pembinaan komuniti Islam pada peringkat permulaan. Dari pendekatan tersebut, masyarakat Arab jahiliah telah berjaya ditransformasikan kepada satu Ummah yang melakar sejarah ketamadunan manusia yang sangat unggul. Dalam konteks Malaysia, agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi negara. Justeru, diandaikan bahawa unsur akidah Islam telah diterapkan ke dalam semua dasar negara dalam setiap aspek termasuk pendidikan. Kajian ini menggunakan pendekatan induktif, dasar-dasar pendidikan negara dianalisis secara kritikal dan satu kesimpulan dibuat berdasarkan analisis tersebut. Kajian ini mendapati bahawa penerapan unsur akidah menjadi teras kepada pembentukan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terutamanya dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi tunjang kepada sistem pendidikan di Malaysia dan juga pembentukan dasar-dasar kerajaan seperti Dasar Islam Hadhari.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Akidah, Dasar Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Pendidikan Islam, Islam Hadhari |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc L Education > L Education (General) L Education > LB Theory and practice of education |
Divisions: | Faculty of Islamic Contemporary Studies |
Depositing User: | Fatin Safura |
Date Deposited: | 26 Jan 2022 01:28 |
Last Modified: | 26 Jan 2022 01:28 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/4880 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |