Abdul Hakim, Abdullah and Wan Ismail, Wan Abdullah and Nur Iyliani, Kamaruzaman (2015) Transformasi Tahap Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam Program Pensiswazahan Guru Unisza. In: SQ 2015 eProceedings International Seminar on al-Quran in Contemporary Society, 10 - 11 October 2015, UniSZA.
Text
FH03-FKI-16-06398.pdf Restricted to Registered users only Download (296kB) |
Abstract
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Guru Pendidikan Islam Program Pensiswazahan Guru UniSZA. Responden kajian ini terdiri daripada Guru Pendidikan Islam yang sedang mengikuti Program Pensiswazahan Guru di UniSZ dan sampel kajian yang terlibat dengan kajian ialah seramai 230 orang responden. Pengumpulan data menggunakan borang soal selidik telah dibina untuk menguji tahap penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran responden yang terlibat. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science v.22 for Windows (SPSS) untuk mendapatkan skor min dan peratusan kekerapan. Kebolehpercayaan item soal selidik telah diperoleh berdasarkan satu kajian rintis yang diadakan sebelum kajian sebenar. Hasil kajian rintis kebolehpercayaan bagi item tahap penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ialah .87. Hasil analisis secara statistik deskriptif telah menunjukkan tahap kepenggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang TINGGI dalam kalangan responden yang terbabit dengan kajian ini.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | L Education > L Education (General) T Technology > T Technology (General) Z Bibliography. Library Science. Information Resources > ZA Information resources > ZA4050 Electronic information resources |
Divisions: | Faculty of Islamic Contemporary Studies |
Depositing User: | Muhammad Akmal Azhar |
Date Deposited: | 22 Oct 2020 08:12 |
Last Modified: | 24 Nov 2020 08:16 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/486 |
Actions (login required)
View Item |