Guru dan Cabaran dalam Memupuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi di Sekolah Rendah

Rahimah, Embong and Shamilati, Che Seman and Wan Mazwati, Wan Yusoff (2015) Guru dan Cabaran dalam Memupuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi di Sekolah Rendah. In: World Islamic Social Science Congress 2015, 1-2 December 2015, Putrajaya.

[img] Text
FH03-INSPIRE-16-06405.pdf
Restricted to Registered users only

Download (12kB)

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji cabaran-cabaran yang dihadapi para guru sekolah rendah dalam menyemai, memupuk dan membudayakan pemikiran aras tinggi di bilik darjah. Proses pengajaran berfikir terutama Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) mempunyai cabaran yang tersendiri. Cabaran-cabaran tersebut perlu perhatian yang sewajarnya. Pada abad ke-21, salah satu aspek kritikal yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang efektif adalah menilai keberkesanan guru dalam membangunkan keupayaan para murid untuk berfikir selain dari memastikan tahap penguasaan mereka terhadap isi kandungan. Justeru, pembangunan dan peningkatan KBAT dalam kalangan murid telah menjadi matlamat utama bagi pendidikan masa ini. Bahkan, untuk memenuhi aspirasi negara dalam bidang pendidikan, peranan guru dalam menyemai pemikiran aras tinggi telah menjadi satu lagi aspek penting dalam proses pengajaran berfikir secara berkesan. Kajian ini bersifat kualitatif dan menggunakan kaedah temu bual terhadap informan yang terdiri daripada guru Bahasa Melayu, Matematik dan Sains. Soalan temu bual berfokus kepada cabaran-cabaran yang dihadapi oleh mereka dalam proses pengajaran KBAT di bilik darjah. Dapatan menunjukkan bahawa semua guru tersebut mempunyai pengetahuan dan kemahiran PdP abad ke-21. Walau bagaimanapun, mereka masih berhadapan dengan pelbagai cabaran, sama ada daripada aspek PdP; sifat dan sikap murid serta guru itu sendiri. Intihanya, guru yang berkualiti dan bersedia menghadapi cabaran akan menjadi sandaran Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merealisasikan transformasi pendidikan negara seperti yang dirancang dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Malah, guru berperwatakan bestari dan memiliki saiz wilayah iltizam yang besar dalam pengupayaan potensi muridnya, akan menterjemahkan cabaran yang dihadapi dalam bentuk yang lebih positif secara menyeluruh

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > L Education (General)
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 22 Oct 2020 07:39
Last Modified: 22 Oct 2020 07:39
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/476

Actions (login required)

View Item View Item